Disebabkan virus Corona, Geely jual kereta secara dalam talian

1005

Geely melancarkan perkhidmatan untuk pelanggan membeli kereta secara dalam talian (online) dan menghantarnya terus ke rumah mereka. Jualan dalam talian adalah satu langkah oleh Geely dalam usaha untuk meningkatkan jualan produk mereka susulan penyebaran wabak virus Corona.

Memandangkan virus berbahaya ini telah tersebar, pengguna telah diminta untuk tidak pergi ke tempat awam, termasuk bilik pameran kereta.



Pengeluar lain seperti Tesla, BMW dan Mercedes-Benz juga mula mempromosikan produk dalam talian dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila krisis kesihatan semakin meningkat. Pihak berkuasa juga telah memberi amaran kepada orang ramai untuk menjauhkan diri dari tempat awam.

Dalam perkhidmatan ini pengguna boleh memesan dan menyesuaikan kereta mereka di laman web Geely, katanya dalam satu kenyataan. 

Geely

Perkhidmatan ini juga menawarkan pandu uji di mana bakal pelanggan boleh menetapkan masa percubaan dari alamat rumah mereka dan berurusan dengan jurujual tempatan.

Virus Corona telah membunuh 2,236 orang dan telah menjejaskan lebih daripada 75,400 orang di China. Langkah menangani kesihatan awam dan penyebaran virus dikatakan sangat mengganggu aktiviti perniagaan dan pengguna.

Penjualan kereta di China, merosot 92 peratus dalam 16 hari pertama Februari 2020 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Victor Yang, seorang pegawai kanan di Geely, berkata dengan langkah mempromosikan jualan dalam talian akan membolehkan pengilang kereta untuk terus berhubung dengan pelanggan mereka. 

Geely, yang merupakan pengeluar kereta paling terkenal di China berkata pengeluaran kereta pada bulan Februari adalah sekitar satu pertiga daripada pengeluaran bulanannya yang biasa, namun sekitar 90 peratus pekerja akan kembali bekerja pada akhir bulan ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here