Hype Motorsports – Hotel berkonsepkan permotoran dibuka di Port Dickson

3215

Hotel berkonsepkan dunia permotoran tersergam di Port Dickson, Negeri Sembilan, sekarang.

Hype Motosports hotel telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Seni dan Budaya,YB Muhammad Bakhtiar Wan Chik.



Hype Motosports hotel merupakan hotel butik resort pertama di Asia.

Terletak di lokasi yang cukup strategik bersebelahan Dataran Teluk Kemang serta berhampiran pantai Teluk Kemang. Hype Motosports hotel mempunyai 64 bilik dimana sepenuhnya bekonsepkan permotoran.

Apa yang menarik bilik- bilik tersebut bertemakan legenda permotoran dunia. Antaranya Michael Schumacher, Valentino Rossi, Marc Marquez dan juga termasuk pelumba negara Hafizh Syahrin.

Kelebihan buat mereka yang menginap di Hype Motosports hotel ialah servis mencuci kereta dan motosikal secara percuma. Pakej tersebut akan bermula pada 15 mac 2020.

Sempena pelancaran, Hype Motosports hotel juga memperkenalkan minuman bertenaga dibawah jenama Hype Energy Drinks.

Buat pengunjung yang bertuah, Hype Motosports juga menawarkan sebuah motosikal BMW G310 GS sebagai hadiah cabutan bertuah.

Terdapat juga beberapa hadiah lain.Semuanya bermula dari 20.02.2020 sehingga 30.12.2020. 

Pelbagai kemudahan khasnya untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah disediakan. Kolam renang kanak-kanak dan litar mini kereta eletrik.

Hype Motosports hotel adalah hotel yang pertama di negara kita menyediakan litar mini. Juga terdapat ruang permainan simulator kereta lumba dan kolam renang dewasa.

Dalan usaha menangani keselesaan pengunjung Khas buat Orang Kurang Upaya(OKU). Hype Motosports hotel turut menyediakan 2 bilik bagi golongan tersebut.

Bagi mereka yang ingin merasakan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Perkhidmatan sewa motosikal juga disediakan serta terdapat pelbagai jenis motosikal.

Mungkin ada yang masih ingat,Johari Md Yusof bekas pelumba motosikal negara. Beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Hotel Pro Sdn Bhd yang mengurus Hype Motosports hotel.

Hype Motosports hotel merupakan ilham beliau setelah 34 tahun berkecimpung dalam bidang perhotelan dan pelancongan.

Tersergamnya Hype Motosports hotel di Port Dickson telah membuka peluang kerja buat anak tempatan.

Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad merupakan pemilik sepenuhnya Hype Motosports hotel. Pelaburan lebih dari 10 juta ini dijangka memberi manafaat kepada pengusaha barangan tempatan.

Ianya juga ke arah bekerjasama membangunkan Port Dickson sebagai bandar pelancongan dan mengapai wawasan sebagai ‘ Bandar Motosports’ di Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here