Covid-19: PLUS sumbang RM1.2 juta kepada dua buah hospital

272

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) turut sama menyalurkan bantuan kepada pasukan perubatan yang terlibat dalam menangani wabak Covid-19.

PLUS memperuntukkan RM1.2 juta kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh (HSB) dalam bentuk peralatan perlindungan peribadi dan peralatan perubatan bagi membantu kedua-dua hospital tersebut.

“PLUS akan membantu dalam proses perolehan di mana kami akan membeli terus dari
pembekal dan menyelaraskan penghantaran peralatan ke kedua-dua buah hospital terbabit,” kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.

“Bagi pihak Hospital Kuala Lumpur, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran kepada PLUS atas komitmennya untuk menghulurkan bantuan Peralatan
Perlindungan Peribadi dengan kos kira-kira RM938,000 untuk memastikan keselamatan
kakitangan perubatan di Pusat Saringan dan Wad Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur,” kata Datuk Dr Heric Corray, Pengarah Hospital Kuala Lumpur.

PLUS Covid-19

“Hospital Sungai Buloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PLUS atas
sumbangan peralatan perubatan yang amat diperlukan untuk memulihkan pesakit-pesakit
Covid-19. Sumbangan ini juga adalah bantuan yang amat dialu-alukan dalam usaha kita
mengatasi pandemik Covid-19 ini,” kata Dr Kuldip Kaur, Pengarah Hospital Sungai Buloh.

PLUS menyokong segala usaha Kerajaan untuk menangani wabak Covid-19 dan terus
mengingatkan semua rakyat Malaysia agar terus kekal berada di rumah di samping menjaga keselamatan dan kesihatan bersama keluarga masing-masing bagi membendung penularan wabak Covid-19.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here