Volkswagen akan kembali buka kilang di Jerman dan Slovakia pada 20 April

1881

Volkswagen (VW) berkata mereka akan membuka semula kilang yang menghasilkan jenama teras mereka di Eropah. Kilang yang akan dibuka ialah kilang di Zwickau, Jerman dan Bratislava, Slovakia iaitu pada 20 April.

kilang volkswagen

Kilang-kilang lain di Jerman, Portugal, Sepanyol, Rusia dan Amerika Syarikat turut dikatakan akan dibuka semula pada 27 April 2020. Sementara kilang di Afrika Selatan, Argentina, Brazil dan Mexico akan beroperasi pada bulan Mei.



Syarikat pengeluar kenderaan dari Jerman ini berkata pasaran automotif berkemungkinan besar akan kembali pulih pada musim panas setelah pengeluaran kenderaan terjejas kerana pandemik Covid-19.

Juergen Stackmann, anggota lembaga pengurusan kereta penumpang VW kepada Frankfurter Allgemeine Zeitung (FAZ) mengatakan, pasaran automotif di China sudah kembali pulih. “Kami juga rasa pasaran automotif Jerman akan kembali normal menjelang musim panas ini,” kata Stackmann.

Volkswagen sendiri sedang mencari inisiatif baru bagi memastikan para pekerja di kilang mereka dapat menjaga jarak antara satu sama lain di barisan pengeluaran.

Semasa pandemik ini berlangsung, mereka juga membantu dengan meminjamkan ribuan kenderaan mereka untuk memerangi Covid-19.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here