Toyota buka semula pusat servis terpilih, hanya kecemasan dan mustahak sahaja, perlu temujanji dahulu

2007

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia sejak 18 Mac 2020, semua perniagaan kecuali yang berkaitan perkhidmatan penting telah dikehendaki memberhentikan operasi.

Pusat servis kenderaan menjadi antara operasi perniagaan yang perlu ditutup, walaupun servis dan bantuan kecemasan dibenarkan.

Namun, susulan lanjutan pelaksanaan PKP sehingga 28 April 2020, MITI telah memberi kebenaran kepada syarikat automotif untuk menyambung semula perkhidmatan lepas jualan di cawangan terpilih.



 

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah mendapat kelulusan daripada MITI untuk membuka semula pusat servis rasmi Toyota terpilih dan akan memulakan operasi cawangan servis terpilih untuk kecemasan dan keperluan servis segera, dalam kapasiti minimum.

Perkhidmatan kepada pelanggan adalah berdasarkan temujanji sahaja. Pelanggan perlu menghubungi pusat servis terdekat untuk mengesahkan pusat servis berkenaan telah mula beroperasi, dan seterusnya menetapkan temujanji yang sesuai sebelum datang ke premis. Pelanggan juga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi etika PKP semasa dalam perjalanan.

Segala usaha akan diambil untuk memastikan keselamatan dan perlindungan pelanggan ketika mereka berada di pusat servis seperti menjaga jarak sosial sekurangnya 1 meter antara satu sama lain.

Berkenaan semua kenderaan yang dibeli daripada UMWT atau pengedar rasmi dengan tempoh jaminan sah yang berakhir di dalam tempoh PKP, lanjutan 30 hari akan diberikan bermula dari hari terakhir PKP dilaksanakan nanti.

UMW juga akan terus menyediakan sokongan serta bantuan kepada semua pelanggan yang mempunyai sebarang kecemasan atau pertanyaan sepanjang tempoh PKP melalui talian hotline sedia ada.

Pelanggan boleh menghubungi nombor-nombor seperti yang tertera di bawah untuk maklumat lanjut:

Pertanyaan dan bantuan umum: 1800-8-TOYOTA (869682)

Hotline tambahan:

017-6278982
016-8696107
014-3335380
016-6332865
016-6387678
011-273 55039

Bantuan kecemasan 24 jam: 1800-888-247

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here