Covid-19: Pengeluaran kenderaan global dianggarkan menurun sebanyak 19 juta unit

927

Pengeluaran kenderaan global kini dijangka turun lebih dari 20% menjadi sekitar 71 juta unit pada tahun 2020 berikutan dari penularan pandemik Covid-19 yang menyebabkan kemerosotoan ekonomi yang lain. Hal ini dianalisa oleh lembaga analisis automotif dunia, LMC Automotive.

Pengeluaran kenderaan global

Jumlah ini merupakan penurunan yang mendadak, jauh lebih besar dari anggaran yang dijangkakan pada awal tahun dimana ia menjejaskan sebanyak 19 juta unit pengeluaran kenderaan global. Jumlah kerugian ini juga bergantung kepada seberapa cepat negara-negara pengeluar kenderaan pulih dari pandemik ini.



LMC berkata, di Amerika Utara, kebanyakan pengeluaran kenderaan telah menghentikan operasi pada bulan April, dan menunda pengenalan beberapa kenderaan baru yang akan diperkenalkan oleh syarikat seperti Tesla (TSLA.O) Model Y, Ford (F.N) Mustang Mach E.

Selain itu versi yang direka semula seperti Fiat Chrysler’s (FCHA.MI) Jeep Grand Cherokee dan SUV bersaiz penuh dari General Motors (GM.N) juga turut tidak diperkenalkan.

Analasis ini menjangkakan pengeluaran kenderaan akan lebih menurun pada bulan April di Amerika Utara dan Eropah kerana pemulihan dari pandemik ini tidak mungkin cepat dalam beberapa bulan yang akan datang.

China, yang merupakan salah satu negara pertama terkena jangkitan Covid-19, telah memulakan semula sebahagian besar kilang penghasilan kenderaannya dan kini menjangkakan penurunan penjualan hanya berlaku sebanyak 12 peratus pada tahun ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here