4 perkara yang perlu dilakukan menjelang bulan Ramadan dalam suasana PKP

2088

Suasana bulan Ramadan pada tahun ini sudah tentu sangat berbeza bagi individu yang beragama islam di seluruh pelusuk dunia. 

ramadan

Ini kerana, di Malaysia, kita akan menyambut bulan yang mulia ini dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memerangi pandemik Covid-19 yang sedang menular di seluruh dunia pada masa ini.



Seluruh masyarakat di dunia mengharapakan pandemik ini segera berakhir, kerana ia akan menjejaskan aktiviti di bulan Ramadan yang berkemungkinan akan tiba pada 24 April 2020.

Oleh itu, terdapat 4 perkara yang perlu dilakukan menjelang ketibaan bulan Ramadan di tengah penularan Pandemik covid-19.

  1. Berbelanja secara dalam talian (online)

Perkara yang perlu anda persiapkan dalam menyambut Ramadan adalah membiasakan diri dengan berbelanja melalui dalam talian. Hal ini perlu dilakukan untuk mencegah orang ramai keluar dan berbelanja di pusat membeli-belah, dan berkemungkinan besar akan menyebabkan penyebaran virus tersebut. 

Tidak perlu risau kerana cara berbelanja di e-dagang sangat mudah dan praktikal, semua keperluan untuk penyediaan Ramadan dapat dibeli secara dalam talian. Bahkan hari ini banyak orang mula menggunakan e-dagang untuk membeli-belah untuk keperluan harian.

Perkara yang sama dilakukan oleh beberapa program e-dagang yang memberikan potongan besar, dan juga baucar untuk orang yang membeli-belah dalam talian di platform mereka.

2. Mula menguruskan belanjawan kewangan

Seterusnya, apa yang perlu dilakukan adalah anda mestilah mula menguruskan belanjawan kewangan melabur atau menabung. Pandemik Covid-19 telah menjejaskan semua ekonomi, kerana kebanyakan aktiviti dihentikan operasi sementara pandemik ini reda.

Sudah tentu, hal ini juga menjejaskan orang ramai, kerana kebanyakan masyarakat tidak dapat bekerja dan perlu berada di rumah. Oleh itu, mulai sekarang uruskan belanjawan kewangan anda dengan baik kerana banyak keperluan diperlukan sepanjang bulan Ramadan.

Cara lain untuk menguruskan belanjawan anda adalah dengan mengutamakan keperluan dari kemahuan. Ingat, jangan membazir. Urus dan gunakannya untuk keperluan sahaja dan elakkan pembelian panik atau membeli barang yang tidak begitu penting.

3. Jaga kebersihan dan kesihatan

Seterusnya, memandangkan pandemik covid-19 telah menular dan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan, perkara yang perlu anda utamakan ialah menjaga kebersihan dan kesihatan.

Anda boleh mula menjaga kebersihan diri dan kemudian persekitaran di sekitar anda, seperti bilik dan seluruh halaman rumah. Di samping itu, sentiasa menyediakan alat perubatan seperti topeng muka, sarung tangan dan sanitizer untuk langkah berjaga-jaga.

Sekiranya perlu, anda boleh menyemburkan desinfektan secara berkala di rumah anda agar tetap bebas daripada virus, bakteria, dan kuman. 

4. Pengambilan vitamin dan makanan yang berkhasiat

Akhir sekali, perkara yang perlu anda persiapkan untuk menyambut Ramadan adalah dengan rajin mengambil vitamin dan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Vitamin dan makanan berkhasiat akan melindungi tubuh dan memenuhi keperluan pemakanan agar badan tidak mudah letih atau sakit.

Terdapat banyak nutrien yang terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan, yang semuanya diperlukan oleh tubuh untuk dapat terus aktif semasa berpuasa. 

Yang paling penting, anda mesti menjaga sistem ketahanan badan semasa berpuasa kerana badan anda akan mudah kekurangan air. Sistem kekebalan tubuh yang baik akan menjadi penghalang kepada virus, bakteria, dan kuman untuk menjangkiti badan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here