Berapa jauh anda boleh pandu selepas lampu amaran minyak menyala?

15862

Tahukah anda berapa jauh lagi anda boleh pandu apabila lampu amaran “low fuel” atau minyak berada di tahap rendah mula menyala?

Ia ibarat permainan atau pertaruhan yang pernah dimainkan oleh ramai pemandu – meter tangki bahan api berada di paras merah dan lampu amaran kuning mula menyala untuk mengingatkan anda supaya ke stesen minyak.

lampu amaran minyak menyala
Lampu amaran minyak menyala

Tapi berapa jauhkah sebenarnya secara umum yang boleh kita pandu lagi? Kajian mendedahkan model kenderaan manakah yang mempunyai jarak paling jauh dan paling dekat dengan tahap tangki simpanan mereka.



Lebih dari satu per tiga pemandu menyangka mereka boleh memandu kira-kira 30km lagi apabila lampu amaran mula menyala sebelum mereka kehabisan minyak. Kenyataan ini adalah dari bancian terhadap 1,000 rakyat United Kingdom oleh laman web Compare the Market.

Walaubagaimanapun, realitinya anda boleh memandu dua kali ganda dari jarak itu, – dan dalam sesetengah kenderaan empat kali ganda.

Kajian ini juga menyenaraikan kenderaan yang mempunyai jarak paling jauh dan paling dekat dengan tangki simpanan, melalui 96 model yang dijual di sana dari 29 pengeluar berbeza.

Secara purata, lampu amaran akan mula menyala apabila tinggal kurang dari 10 peratus bahan api di dalam tangki.

Model popular dengan jarak simpanan paling jauh:

  1. VW Passat: 120.73 km
  2. Volvo V40: 113.62 km
  3. Ford Mondeo: 112.69 km
  4. BMW 5-Series: 109.97 km
  5. Toyota Prius: 107.22 km
  6. Mercedes E-Class: 103.03 km
  7. Audi Q5: 102.70 km
  8. Range Rover Sport: 101.95 km
  9. Mazda 6: 101.34 km
  10. Audi A6: 99.88 km

Sudah tentu juga, tidak dapat dipastikan bahawa anda akan dapat mencapai jarak sejauh ini walaupun anda pandu model yang sama. Pelbagai faktor lain harus diambil kira seperti keadaan trafik, cara pemanduan dan berat kenderaan.

Model popular dengan jarak simpanan paling dekat:

  1. BMW M3: 51.49 km
  2. Kia Picanto: 51.72 km
  3. Fiat 500: 59.77 km
  4. Mini Cooper: 60.38 km
  5. Mitsubishi Shogun: 61.53 km
  6. Jaguar XK: 61.77 km
  7. Citroen C1: 62.38 km
  8. Peugeot 108: 62.99 km
  9. Nissan Juke: 65.73 km
  10. Ford Fiesta: 66.10 km

Harus difahamkan juga model dalam senarai jarak simpanan paling dekat ini tidak semestinya tidak menjimatkan bahan api. Kebanyakannya lebih menjimatkan bahan api dari model-model dalam senarai pertama tadi, cuma saiz tangkinya yang kecil membuatkannya termasuk di senarai kedua ini.

Dan walaupun kini anda tahu sebenarnya kenderaan anda boleh dipandu agak jauh, adalah sangat tidak digalakkan untuk memandu dengan tahap bahan api terlalu rendah.

Ini kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada pam bahan api dan kerosakan mekanikal lain. Malah di negara seperti Jerman, pemandu tidak dibenarkan kehabisan minyak di lebuhraya.

Dan buat apa cari masalah hingga boleh merisikokan anda tersadai di tepi jalan, kan? Lebih baik isi secukupnya dan rancang perjalanan anda sebaiknya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here