Toyota Supra versi 2021 – Lebih kuat makan minyak, tapi enjin lebih berkuasa, dari 335hp ke 382hp

2829

Tahun pengeluarannya yang kedua, Toyota Supra 2021 kini hadir dengan ciri diperkemaskini (ia sebenarnya model tahun ini, cuma di Amerika ia ditulis sebagai 2021 Supra).

Supra terkini dilengkapi versi enjin 3.0-liter 6-silinder sebaris turbo yang dikemas kini, tetapi ditambah dengan pilihan enjin 2.0-liter 4-silinder 2.0 liter turbo terbaru.



Supra ini juga mempunyai enjin lebih berkuasa dengan menyalurkan 382hp dengan tahap penggunaan bahan api sebanyak 9.4km/l di kawasan bandar dan 12.8km/l di lebuh raya.

Bagi Supra versi sebelum ini, enjin yang sama menghasilkan 335hp dengan tahap penggunaan bahan api 10.2km/l di kawasan bandar dan 13.18km/l di lebuh raya.

Oleh itu, model baru terbabit lebih berkuasa tetapi menggunakan bahan api lebih banyak berbanding sebelum ini. Perlu diingat, Supra masih lebih menjimatkan bahan api daripada Chevy Corvette, Porsche Cayman GTS, dan BMW M2.

Enjin baru Toyota Supra 2021 ini dikatakan lebih berkuasa dari enjin 3.0-liter sama yang terdapat pada BMW Z4 M40i.

Seiring dengan peningkatan enjin, Toyota juga menaiktaraf semula casis pada model 2021. Ianya ditambah dengan bahan seperti pendakap aluminium ringan yang ‘mengikat’ topang suspensi pada bahagian radiator.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here