PKP: Jumlah tangkapan ingkar PKP kembali meningkat

1786

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merayu kepada rakyat Malaysia supaya sentiasa patuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan berikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

tangkapan pkp

Selain itu, beliau juga mengingatkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum ditamatkan dan semua rakyat Malaysia mesti mematuhinya walaupun jumlah kematian dan kes baru Covid-19 semakin berkurangan.



Ismail Sabri berkata, sebelum ini, beliau gembira apabila jumlah tangkapan ingkar PKP menurun selama tiga hari berturut-turut namun ia kembali catat peningkatan.

“Jadi saya nak ingatkan PKP belum ditamatkan tindakan polis tetap sama iaitu tegas dan keras kepada sesiapa sahaja yang melanggar PKP,” katanya.

Menurutnya, jika berlaku ingkar PKP di kawasan zon hijau sekalipun, mereka tetap akan ditahan dan tunggulah kerana Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menyediakan prosedur standard operasi (SOP) di setiap zon sama ada hijau, kuning atau merah.

Katanya, semalam polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan 824 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 446,024 kenderaan.

“Sebanyak 37,128 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 6,798 premis diperiksa oleh pihak berkuasa.

“Seramai 577 individu berbanding 386 individu hari sebelumnya kerana ingkar PKP, merangkumi 505 individu yang direman dan 72 individu dijamin polis,” katanya.

Tambah beliau, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga kini telah mencecah 20,011 individu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here