BPN: Semua permohonan baru dan rayuan perlu dibuat sebelum 30 April

1986

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), semua permohonan baru dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diberikan oleh kerajaan hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 30 April ini.

permohonan BPN

LHDN berkata, individu yang tidak tersenarai atau tidak lulus BPN tetapi memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my.



“Setiap permohonan baharu BPN dan rayuan yang diterima akan mula diproses pada bulan Mei 2020. Bagi permohonan yang lulus, bayaran secara sekali gus juga akan dilakukan pada bulan Mei 2020,” kata LHDN dalam satu kenyataan.

Menurut LHDN, pemohon boleh membuat rujukan pada soalan lazim (FAQ) BPN yang dimuat naik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara tersebut boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat, borang maklum balas di portal rasmi LHDN atau melalui laman Facebook dan Twitter LHDN. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here