Renault Captur dari RM399 seminggu, pelbagai pelan pemilikan fleksibel, Renault terus terajui automotif digital di Malaysia

2113

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais kenderaan Renault di Malaysia, hari ini mengumumkan pembaharuan ke atas tawaran Renault Subscription dan E-Store. Ia mengukuhkan lagi posisinya selaku peneraju digital dalam industri automotif tempatan.

Melalui satu acara persidangan secara maya – pertama di Malaysia untuk industri ini – TCEC mengumumkan lanjutan Renault Subscription Trial Plan, perubahan ke atas Pelan Subscription Fixed dan Switch, selain tawaran menarik untuk kenderaan Renault yang dibeli melalui E-Store.



“Dunia sudah banyak berubah dalam zaman digital ini, ia mengubah cara kita bekerja, bermain, tingkah-laku dan ekspektasi pelanggan. Transformasi digital kini penting buat perniagaan dan jenama untuk kekal relevan dalam persekitaran yang semakin kompetitif,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars, Wong Hoe Mun.

“Kami di TCEC telah memulakan transformasi sejak tahun lalu. Dengan penularan wabak COVID-19 dan PKP sekarang, penggunaan digital semakin berkembang. Kami percaya kami berada di landasan tepat ke arah peniagaan yang lebih mapan pada masa depan,” tambahnya.

Lanjutan Renault Subscription

TCEC kini mengembangkan Renault Subscription Trial Plan ke semua bilik pameran Renault di seluruh negara. Dimulakan pada tahun ini di bilik pameran Renault PJ, Renault Subscription Trial Plan merupakan satu pelan mampu milik yang menawarkan Captur pada harga RM399 seminggu.

Lebih penting lagi, pelanggan kini boleh mendaftar sebanyak mungkin berbanding hanya sekali sahaja sebelum ini.

Syarikat berharap langkah ini dapat membantu pelanggan yang bajet mereka terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tidak mahu melakukan komitmen jangka panjang dalam masa yang tidak menentu ini.

Pelan Renault Subscription Fixed dan Subscription Switch juga telah diubah untuk memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan.

Bagi menyeimbangi aspek kemampuan dan keyakinan pelanggan, Pelan Fixed kini menawarkan pelan tiga tahun untuk model Captur dan Koleos. Sebelum ini, pelan langganan selama tiga tahun ditawarkan untuk Megane R.S. 280 Cup sahaja.

Ketika semua kadar bulanan di bawah Pelan Fixed masih merangkumi cukai jalan, insurans, kos servis biasa dan had perbatuan tahunan sehingga 20,000km, kemas kini baharu ini membolehkan pelanggan menambah jarak sebanyak sehingga 20,000km berbanding hanya tambahan 10,000km sebelum ini. Ini menjadikan had perbatuan tahunan mereka boleh ditingkatkan menjadi 40,000km berbanding 30,000km sebelum ini.

Pelan Renault Subscription Switch juga telah dinaik taraf. Pelan Switch Base kini menawarkan Captur Trophy pada kadar RM1,999 sebulan dan Switch Prime menyediakan Koleos pada harga RM3,199 sebulan.

Di bawah Pelan Prime baharu ini, pelanggan akan diberi akses kepada keluarga kenderaan Renault selama dua bulan. Kedua-dua Pelan Switch terus menawarkan kos penuh dan fleksibiliti tanpa had perbatuan, perlindungan wear and tear serta pilihan untuk membuat pembatalan tanpa sebarang penalti.

Satu senarai aksesori tambahan serta akses termasuklah filem tint keselamatan dan solar, tempat duduk keselamatan kanak-kanak, perakam video digital (dashcam) dan akses ke Singapura.

Bagi menjadikannya lebih mampu milik, kos boleh dimasukkan ke dalam yuran bulanan sepanjang tempoh langganan dan tidak perlu membayar sekali gus.

Tawaran Renault Subscription kini merangkumi Pelan Subscription Trial, Fixed dan Switch, selain Pre-Owned Captur Subscription yang dilancarkan baru-baru ini.

Pelan Pre-Owned Captur Subscription telah dilancarkan di Renault E-Store dan Shopee pada 22 April 2020. Ia berjaya memperoleh 100 bayaran tempahan dalam tempoh tiga hari.

Tawaran eksklusif melalui Renault E-Store

Pelanggan yang membeli apa jua kenderaan baharu Renault secara dalam talian menerusi E-Store bermula 20 April hingga 31 Mei 2020 boleh mendapat lebih penjimatan dengan rebat yang bersamaan dengan bayaran bulanan selama enam bulan.

Tawaran eksklusif lain yang ditawarkan kepada para pelanggan baharu termasuklah servis percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km dan ganjaran trade-in bernilai sehingga RM8,000.

Sebagai tambahan, pelanggan yang memilih untuk melanggan sebuah kenderaan Renault sama ada melalui pelan Fixed atau Switch akan menikmati langganan percuma selama sebulan.

Pelanggan yang memilih rancangan Pre-Owned Captur Subscription akan terus menikmati potongan 50 peratus dari enam bulan pertama dari yuran langganan mereka.

Tawar kemudahan kepada pelanggan apabila diperlukan

TCEC juga menawarkan Easy Life untuk pelanggan yang mahu menyimpan kenderaan dengan lebih lama dan mahukan sokongan penyelenggaraan.

Antara faedah Easy Life adalah:

  • Proses pembelian atau langganan menyeluruh yang mudah secara dalam talian di E-Store, daripada menyusun sesi pandu uji sehinggalah mengambil kenderaan
  • Perkhidmatan pintu-ke-pintu di mana pelanggan boleh memohon penghantaran kenderaan yang dibeli atau dilanggan. Selain perkhidmatan ambil dan pulang kenderaan yang diservis, melalui tempahan di Renault E-Store (di Lembah Klang)
  • Promosi diskaun sebanyak 25 peratus ke atas setiap tayar, termasuklah penjajaran (alignment) percuma dan potongan lebih 10 peratus untuk bateri
  • Lanjutan jaminan ke atas pelanggan yang memerlukan masa tembahan bagi memenuhi keperluan servis. Tempoh operasi pusat servis dilanjutkan sebaik sahaja PKP tamat

Maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari laman web www.renault.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here