EV360, motosikal monowheel elektrik yang mampu memecut hingga 112km/j

543

Motosikal elektrik dan konvensional biasanya mempunyai dua tayar untuk bergerak di atas jalan. Namun kali ini, sebuah motosikal elektrik telah direka tetapi dengan satu tayar sahaja.

motosikal monowheel

Motosikal monowheel (satu tayar) berkuasa elektrik yang dikenali sebagai EV360, pada dasarnya adalah satu roda hubless berdiameter besar dimana ruangan penunggang diletakkan di bahagian tengah untuk mengawalnya.

Satu pasukan dari Duke University, dimana ada di antara anggotanya merupakan jurutera Space X dan bekas jurutera Tesla, telah diluluskan untuk percubaan rekod dunia, tetapi percubaan tersebut ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

Pasukan ini dianggotai oleh Anuj Thakkar, Carlo Lindner, Ahmed Ahmed-Fouad, dan Fran Romano. Ketua pasukan dan pelumba ujian iaitu Anuj Thakkar, telah menerangkan bagaimana mereka merancang dan membina motosikal monowheel berkuasa elektrik ini.

motosikal monowheel

EV360 dikuasakan oleh motor elektrik yang mempunyai daya puncak sebanyak 23kW (31hp). Motor ini telah direka untuk membolehkan projek ini mampu mencapai kelajuan sehingga 112km/j. 

Motosikal monowheel ini walau bagaimanapun direka untuk kelajuan dan bukan untuk digunakan dalam jarak yang jauh. Oleh sebab itu, ianya disertakan dengan bateri polimer 72V 22Ah yang agak kecil dengan kapasiti 1.58 kWh.

Pasukan tersebut menganggarkan projek ini akan mampu mencapai jarak sekitar 14.5km ketika ditunggang pada kelajuan 32km/j.

Menurut ketua pasukan, untuk memecahkan rekod dunia, motosikal monowheel ini perlu dibangunkan lagi. Ini kerana rekod dunia pada ketika ini dipegang oleh monowheel berkuasa gas yang mampu mencecah kelajuan 117km/j.

Setelah melakukan ujian untuk beberapa kali, secara keseluruhan Anuj Thakkar dikatakan telah mengalami kemalangan sebanyak 15 kali tetapi tidak mengalami kecederaan yang sirius.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here