McLaren 720S Le Mans untuk rai ulangtahun ke-25 juara perlumbaan di Le Mans, 50 unit sahaja

1817

McLaren membuat penampilan pertama sebagai peserta dalam perlumbaan Le Mans 24 Hours pada tahun 1995.

Pada perlumbaan tersebut, sebanyak tujuh buah McLaren F1 GTR telah digunakan sebagai jentera perlumbaan dan beberapa dari jentera tersebut menamatkan perlumbaan di tempat pertama, ketiga, keempat dan kelima.

McLaren Le Mans



Untuk memperingati ulang tahun ke-25 pencapaian tersebut, McLaren telah memperkenalkan McLaren 720S Le Mans yang dihasilkan dalam edisi terhad.

Jentera ini tersedia dengan pilihan warna iaitu Sarthe Grey dan McLaren Orange, disertakan dengan skop bumbung  berwarna gloss-black dan fender hadapan yang dilapisi gentian karbon. 

Reka bentuk roda lima batang diilhamkan dari jentera F1 GTR, sementara kaliper brek yang bewarna emas turut disertakan.

Ruangan dalam jentera ini dilengkapi dengan tempat duduk racing yang dibaluti gentian karbon, dan Alcantara hitam dengan kemasan bewarna kelabu atau oren. Tali pinggang 6-poin juga turut disertakan, bersama dengan harness bar dari bahan titanium.

McLaren Le Mans

Jentera ini dikuasakan oleh enjin V8 4.0-liter M840T twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 710hp pada 7,500 rpm dan 770Nm tork. Dengan transmisi 7-kelajuan dwi-klac automatik yang disertakan, jentera ini mampu memecut 0-100km/j dalam masa 2.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 341km/j.

Jentera ini akan dihasilkan dalam edisi terhad iaitu hanya sebanyak 50 unit, dimana sesi penghantaran akan bermula pada bulan September. Harga untuk pasaran Amerika Syarikat belum lagi diumumkan, namun jentera ini dijangka akan berharga lebih dari $299,000 (RM1.3 juta).

Sumber: autoblog.com

Jangan lupa baca artikel terbaru Motoqar di Telegram:

https://t.me/motoqar

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here