Proton Saga Anniversary Edition dilancar, ini 6 perkara anda perlu tahu!

3769

Seperti dijanjikan, Proton telah mendedahkan Saga Anniversary Edition sebagai ulangtahun ke-35 pelancaran kereta nasional pertama itu pada 1985.

Pelancaran itu dibuat secara maya di laman sosial, yang pertama seumpamanya untuk syarikat itu. Sekarang, mari kita lihatkan 6 perkara yang anda perlu tahu mengenai Saga Anniversary Edition ini.



1. Proton Saga ini merupakan kereta yang ke-4,150,035 dikeluarkan dari kilang pengeluaran Proton. Nampak ada nmbor 35 di belakang situ?

2. Hanya terhad kepada 1,100 unit sahaja, dan ia hanya didatangkan dengan kombinasi warna eksklusif hitam dan kuning di bahagian luar dan dalam.

3. Saga ini dijual pada RM39,300 iaitu sama harga dengan Saga Premium AT selepas rebat pengecualian cukai.

4. Turut dilancarkan ialah 35th Anniversary Accessories Package yang merangkumi skirting depan, skirting tepi, visor pintu, insulator hud depan, pelindung penutup but, dan alas but yang berharga RM2,035. Jadi untuk pemilik Saga 2019 yang berminat menjadikan kereta mereka edisi ulang-tahun, bolehlah mendapatkan pakej ini.

5. Jika anda membeli 35th Anniversary Package, anda juga dikatakan mendapat penjimatan RM315 kerana harga asalnya ialah RM2,350.

6. Ia boleh mula didapati hari ini (9 Julai 2020) dengan melawati bilik pameran Proton atau menempahnya secara online.

Penapis kabin N95

Selain dari pelancaran Saga itu, Proton turut mengumumkan bahawa penapis kabin N95 yang sebelum ini hanya boleh didapati pada X70, kini juga akan didapati pada model-model Proton yang lain iaitu Saga, Persona, Iriz dan Exora yang didaftar selepas 9 Julai 2020.

Tetapi buat pemilik sedia-ada, anda boleh membeli penapis itu dengan diskaun 15 peratus, pada harga RM50.15 sahaja (tidak termasuk upah) untuk tempoh terhad. Dan selepas 9 Oktober, ianya akan dijual kembali pada harga asal RM59.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here