Jaguar F-PACE kini dengan enjin 2.0-liter baru, mampu hasilkan hingga 300PS

1210

Jaguar secara rasmi memperkenalkan SUV edisi terhad iaitu mereka iaitu F-PACE untuk pasaran Malaysia. SUV ini kini disertakan dengan enjin petrol 2.0-liter Ingenium yang mampu menghasilkan sehingga 300PS.

Jaguar F-PACE

Dengan penggabungan teknologi canggih dan pembinaan semula dengan bahan aluminium, enjin ini akan mampu mengimbangi kuasa yang dihasilkan dan akan memberikan penjimatan minyak yang maksimum. 



Selain mampu menghasilkan 300PS pada 5,500rpm dan 400Nm tork pada 1,500-4,500rpm, enjin ini juga berupaya memecut dari 0-100km/j dalam masa 6.1 saat. Bersama dengan roda bersaiz 22 inci, SUV ini mampu mencapai kelajuan maksimum pada 233km/j.

Jaguar F-PACE

Enjin ini juga turut disertakan dengan turbocharger berkembar, serta menggunakan manifold ekzos yang telah dinaik taraf.

Dengan transmisi automatik 8-kelajuan ZF 8HP45 dan sistem pacuan semua roda (AWD) yang disertakan, SUV ini mampu memberikan pecutan yang sangat lancar dan tindak balas pertukaran gear yang luar biasa.

Sistem

SUV ini juga disertakan dengan ciri yang menarik, iaitu peredem pendulum canggih (state-of-the-art pendulum damper) dalam sistem penukaran tork, yang berfungsi untuk untuk menyerap getaran frekuensi rendah. Ciri ini membolehkan pemandu memandu pada kelajuan rendah tanpa menjejaskan kesempurnaan pemanduan.

Jaguar F-PACE

F-PACE juga dilengkapi dengan teknologi terkemuka milik Jaguar iaitu Configurable and Adaptive Dynamics. Teknologi ini merupakan ciri standard yang ada pada varian R-Sport, yang membolehkan pemandu memilih tetapan Normal atau Sports untuk tindak balas pendikit, kotak gear dan stereng. Ciri Adaptive Dynamics hanya tersedia dalam spesifikasi tertinggi.

Hanya tersedia dalam 20 unit, Jaguar F-PACE turut disediakan dengan ciri seperti Gesture tailgate, 10-inci Touch Pro, Pro Services dan Wi-Fi Hotspot, Lane Keep Assist dan Driver Condition Monitor. Sebagai tambahan, Apple CarPlay dan Android Auto turut disertakan sebagai ciri standard untuk ketiga-tiga varian.

Warna

Jaguar F-PACE ditawarkan dengan tiga varian iaitu Prestige (Entry level), R-Sport (Mid-Spec) dan R-Sport (Hi-Spec). Untuk warna, Fuji White, Santorini Black, Eiger Grey, Portofino Blue, Firenze Red and Indus Silver diberi sebagai pilihan.

Harga

Jaguar F-PACE edisi terhad berharga RM436,420.82 untuk varian Prestige (Entry level), RM470,212.97 untuk varian R-Sport (Mid-Spec) dan RM485,433.81 untuk varian R-Sport (Hi-Spec).

Semua harga yang dinyatakan hanya untuk semenanjung Malaysia dan tidak termasuk cukai jualan dan insurans. Semua harga yang dinyatakan juga telah termasuk penegcualian cukai jualan sebanyak 50 peratus yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here