Tesla pilih Texas sebagai pusat pengeluaran Cybertruck

1223

Tesla telah memilih Austin, Texas sebagai lokasi seterusnya kilang mereka yang terdapat di Amerika Syarikat. Kilang ini dijadualkan akan memulakan operasi pengeluaran seperti Model 3, Model Y dan Cybertruck pada akhir tahun hadapan.

cybertruck

Texas merupakan pasaran terbesar bagi trak pikap di Amerika Syarikat, jadi menghasilkan Cybertruck di sana mungkin merupakan keputusan yang betul. Buat masa sekarang, hanya terdapat satu kilang trak pikap yang beroperasi di daerah Lone Star, iaitu kilang penghasilan Toyota Tacoma dan Toyota Tundra.



Tesla mensasarkan untuk menawarkan Cybertruck dengan harga permulaan pada USD39,990 (RM170,277) untuk model pacuan dua roda. Untuk varian teratas yang dilengkapi dengan pacuan semua roda, ia akan bermula pada harga USD69,990 (RM298,017).
 
Tesla juga mengesahkan mereka telah menerima lebih dari 250,000 tempahan untuk Cybertruck hanya selepas beberapa hari diperkenalkan. Untuk anggaran, tempahan tersebut kini telah mencecah sehingga 500,000 unit.
 
Cybertruck dihasilkan dengan reka bentuk unibody yang akan dibina dengan keluli tahan karat yang sama digunakan pada roket Starship. Roket ini juga dibangunkan oleh CEO Tesla iaitu Elon Musk.
 
Musk menerusi akaun Twitternya telah menyatakan bahawa jenis keluli tahan karat yang digunakan pada Cybertruck ialah jenis kalis peluru terhadap senjata kecil, dan tahap tahan karat telah diubah, dari 301 menjadi variasi 304L. 
 
Tesla juga difahamkan akan menghasilkan traktor semi di kilang baru mereka yang terdapat di Texas.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here