Seorang lelaki tular kerana cuba isi minyak pada Tesla Model 3

16311

Seorang lelaki, difahamkan dari Las Vegas tular di media sosial kerana videonya yang ke stesen minyak untuk mengisi minyak, sedangkan kereta yang dipandunya ialah kereta elektrik.

Tesla Model 3

Menerusi video yang dimuat naik oleh Facebook Justin Flom, pemilik kepada Tesla Model 3 berkenaan kelihatan sedang mencari tempat untuk mengisi minyak kenderaannya.



Video tersebut telah mendapat sebanyak 53 ribu reaksi, 11 ribu komen dan 14 juta share dari pengguna Facebook seluruh dunia semasa artikel ini ditulis.

Flom dan penumpangnya pada mulanya menganggap pemilik Tesla tersebut ingin membeli sesuatu di stesen minyak. Namun, mereka mula ketawa setelah melihat pemandu Tesla tersebut cuba memasukkan muncung pengisi minyak pada keretanya.

Kerana tidak dapat memasukkan muncung pengisi minyak ke keretanya, pemandu Tesla tersebut mundar-mandir di sekeliling keretanya bahkan membuka bonet hadapan.

Kelihatan sangat kecewa, pemandu tersebut mula mencari telefonnya untuk mendapatkan jawapan masalahnya. Flom juga sempat merakam reaksi pemandu Tesla tersebut setelah mengetahui kereta yang dipandunya adalah kereta elektrik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here