Volkswagen Beetle kuning potong pukul 1 pagi masa balik raya

3357

Ditengah kesibukan orang ramai pulang ke kampung untuk meraikan Hari Raya Aidil Adha, satu pengalaman yang sukar dilupakan telah menimpa satu keluarga yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Menurut Muhammad Hanif Irfan, 18, dia pada waktu itu sedang tidur nyenyak di dalam kereta sebelum terdengar bunyi enjin kereta lama.



Selepas tersedar, dia melihat bapanya sedang memandu manakala seorang lagi adiknya turut tersedar dari lena sementara ibu dan adik beradik yang lain tidur nyenyak.

“Masa itu dalam lingkungan pukul 1 pagi. Ada enam orang semua dalam kereta. Saya tersedar sebab dengar bunyi enjin kereta lama.”

“Kereta Volkswagen kuning tu dari belakang potong kereta kami. Ayah saya bawak slow je dari belakang, lepas tu dia suruh tangkap gambar.”

“Dalam lima minit juga kami ikut dari belakang, kemudia kereta tu mula slow jadi ayah potong balik.”

Volkswagen kuning

“Saya nampak ada pemandu lelaki dalam kereta tu,” katanya.

Menurut Hanif, dia berkata rasa seram yang menyelubungi diri kemudian beransur hilang setelah tiada perkara yang pelik pada kereta tersebut.

Malah katanya, kehadiran Volkswagen kuning itu mengingatkan dia tentang kisah mistik yang pernah tular suatu ketika dahulu.

“Tak ada kejadian pelik, cuma seram jelah mula-mula. Ini kali pertama berlaku, dari mengantuk terus mata jadi segar.”

Hanif dan keluarga walau bagaimanapun selamat sampai ke destinasi pada pukul 2 pagi. Dalam pada itu dia juga ingin memohon maaf kepada pemandu Volkswagen kuning berkenaan.

“Saya pun nak minta maaf pada pemandu kereta tu, sebab dulu pernah baca cerita seram tentang Volkswagen kuning lama bergerak pada waktu malam,” katanya.

Posting kisah Hanif yang dikongsi oleh rakannya di Twitter menerima lebih 19.2k RetweetĀ ketika artikel ini ditulis.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here