Ini juruterbang wanita tertua di dunia yang berumur 99 tahun!

1459

Seorang wanita berusia 99 tahun dari Riverside County, California, Amerika Syarikat kini memegang rekod sebagai juruterbang tertua di dunia.

Dia yang dikenali sebagai Robina Asti, mengajar kelas penerbangan terakhirnya pada Ahad lalu untuk NextGen Flight Academy yang terletak di Riverside Municipal Airport.



Menurut Robina, dia ingin membuktikan bahawa juruterbang warga emas masih kuat, diperlukan dan masih boleh meyumbang kepada masyarakat.

“Saya suka membuat orang ramai rasa bagaimana terbang di udara. Ia sesuatu yang menyeronokkan,” katanya.

juruterbang tertua

Dalam satu rakaman video, Robina mengendalikan pesawat dengan membawa pelajarnya, Brandon Martini dan melayakkannya meraih gelaran juruterbang tertua dunia.

Pemegang rekod sebelumnya iaitu seorang lelaki dari Iowa, melakukan penerbangan pada usia 98 tahun.
 
Robina telah banyak berjasa dengan mengajar orang ramai tentang ilmu penerbangan selama beberapa dekad.
 
“Dia mengajar saya beberapa perkara yang belum saya pelajari selama lebih 1,000 jam penerbangan saya selama ini.”
 
“Apa yang disampaikan sangat rapi dan saya bertuah kerana diajar oleh seorang yang menerbangkan pesawat dalam tempoh yang sangat lama,” kata Martini.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here