Ferrari Testarossa dibiarkan terabai 17 tahun di Puerto Rico

547

Satu saluran Youtube iaitu Ratarossa menemui sebuah Ferrari Testarossa yang telah terabai di Puerto Rico selama 17 tahun.

Ferrari Testarossa

Sebelum ini, Ratarossa juga menemui sebuah Ferrari F40 yang terbengkalai di Iraq. Dia berniat untuk membeli dan mengembalikan kereta tersebut pada rupa bentuk asalnya, tetapi pemiliknya meletakkan terlalu banyak syarat. 

Hal ini menyebabkan dia mencari Ferrari terbengkalai yang lain, dan berharap dapat dibeli dengan harga yang murah dan dibaik-pulih semula. 

Setelah berhubung dengan Abandoned Cars Puerto Rico, dia berjaya menemui sebuah Ferrari Testarossa yang masih dimiliki oleh pemilik asalnya.

Tidak pasti puncanya, pemiliknya meletakkan Ferrari tersebut dalam keadaan terbiar selama 17 tahun tanpa pernah menghidupkannya.

Kereta tersebut sedia untuk dijual dengan harga USD30,000 (RM127,200). Walaupun begitu, Ratarossa mengambil keputusan untuk tidak membeli kereta tersebut kerana kos penghantaran ke rumahnya yang terletak di United Kingdom.

Untuk makluman, Ferrari Testarossa mula dihasilkan pada tahun 1984-1996. Ianya dikuasakan oleh enjin 4.9L Flat-12 yang mampu menghasilkan sehingga 385hp dan 489Nm tork.

Kereta ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 5 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 289km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here