Mercedes-Benz 300 SL Roadster 1961 ini mungkin dijual dengan harga RM4.2 juta

2188

Mercedes-Benz 300 SL Roadster 1961 adalah salah satu model ikonik syarikat pengeluar dari Jerman tersebut. Ia kini akan dilelong oleh Gooding & Company melalui dalam talian (online) pada 3-7 Ogos 2020.

Mercedes-Benz 300 SL Roadster 1961

Model ini dikeluarkan pada tahun 1961, dan merupakan salah satu daripada 270 unit yang dilengkapi dengan brek cakera dan enjin iron-block sebelum Mercedes-Benz memperkenalkan enjin blok aloi pada 300SL.



Bahagian luar kereta ini pada mulanya diserikan dengan warna White Gray, namun pemiliknya sebelum ini telah mewarnakannya dengan warna Ivory. 

Walaupun kereta ini tidak pernah dipulihkan sepenuhnya, ia difahamkan dijaga dengan rapi dan hampir setiap tahun diserahkan kepada Paul Russel and Company untuk mendapatkan servis, penyelenggaraan, penambahbaikan dan pembaikan secara rutin.

Mercedes-Benz 300 SL Roadster 1961

Ruangan dalam kereta ini disertakan dengan warna merah dan warna Ivory, manakala untuk stereng, ia disertakan dengan kemasan kayu.

Kereta ini juga akan dijual bersama dengan bahagian hardtop original dari kilang keluarannya.

Mercedes-Benz 300 SL Roadster 1961 ini dijangka akan dijual dengan harga USD850,000 (RM3.6 juta) hingga USD950,000 (RM4 juta).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here