Klon BMW S1000RR, Moto S450RR buatan China ini hanya berharga RM8,883

3297

Sesetengah syarikat pengeluar dari China terkenal kerana menawarkan semua jenis produk tiruan, dalam semua kategori. Malah, ada syarikat pengeluar kenderaan dari China meniru reka bentuk dari syarikat pengeluar kenderaan yang lain.

Moto S450RR

Satu syarikat pengeluar motosikal dari negara tersebut yang dikenali sebagai Moto kini memperkenalkan motosikal terbaru keluaran mereka iaitu S450RR, yang kelihatan sama seperti BMW S1000RR.



Bahagian motosikal ini yang menyerupai BMW S1000RR ialah bahagian depan, side fairing, cermin pandang belakang, campuran warna bahkan reka bentuk logo.

Walau bagaimanapun, bahagian hadapan dan belakang motosikal ini diinspirasikan dari Kawasaki Ninja 300.

Moto S450RR

Moto S450RR dikuasakan oleh enjin 450cc suntikan bahan api yang mampu menghasilkan sehingga 24bhp pada 6,500rpm dan 22Nm tork pada 7,000rpm.

Motosikal ini turut dilengkapi dengan suspensi terbalik (USD) pada bahagian hadapan dan monoshock pada bahagian belakang.

Untuk sistem brek, motosikal ini disediakan dengan dua brek cakera di bahagian hadapan dan satu brek cakera pada bahagian belakang bersama dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran.

Moto S450RR

Antara peralatan lain yang disediakan termasuk kluster instrumen TFT, lampu LED pada bahagian hadapan dan belakang, clip-on pada hendal, dan kemasan gentian karbon pada paip ekzos.

Untuk harga, Moto S450RR hanya bernilai 50 juta Dong Vietnam (RM8,883), sementara model yang ditiru iaitu BMW S1000RR berharga sekitar RM116,000.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here