Pemilik sakit jantung setelah kereta lumba Aston Martin yang rare dicuri

1672

Kebakaran yang berlaku di bahagian barat Amerika Syarikat, menyebabkan penduduk di sekitar kawasan tersebut terpaksa berpindah.

Demi keselamatan, hal ini turut dilakukan oleh seorang pemilik bengkel restore kereta, yang turut memindahkan sebuah kereta lumba rare miliknya.

Aston Martin V8



Dikenali sebagai Ken Lovejoy, dia yang merupakan pemilik kepada Q’s Workshop yang terletak di Boulder Creek, California meninggalkan kawasan tersebut pada 8 September sesuai dengan perintah pihak berkuasa.

Sebelum menguruskan keluarganya dan beberapa barang keperluan yang lain, Lovejoy meletakkan sebuah Aston Martin V8 keluaran tahun 1973 ke dalam treler dan menuju ke San Jose. 

Aston Martin V8

Setibanya di bandar tersebut, Lovejoy meninggalkan treler tersebut untuk urusan sewa hotel. 

Sehari kemudian, beberapa pencuri berjaya mencuri treler bersama dengan Aston Martin V8 yang berada di dalamnya.

Kamera keselamatan (CCTV) berjaya merakam kejadian kecurian, namun gagal memaparkan nombor pendaftaran Ford F-Series Super Duty yang digunakan untuk menarik treler tersebut.

Pihak berkuasa di San Jose telah menerima laporan kecurian tersebut, namun masih gagal mendapatkan sebarang bukti atau petunjuk. Lovejoy difahamkan sangat kecewa dengan kes kecurian ini sehingga dia mengalami serangan jantung.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here