Pemandu Grab dan rider penghantar makanan mungkin berminat dengan Penjana Gig, soalan lazim terjawab di sini

2344

Bagi anda yang mempunyai kerjaya sebagai pemandu e-hailing seperti Grab atau penunggang penghantar makanan seperti GrabFood dan Food Panda, anda mungkin ingin mendaftarkan diri dengan Penjana Gig.

Ia bertujuan memberikan perlindungan terhadap kerjaya dan pendapatan anda. Berikut adalah soalan-soalan lazim (FAQ) berkenaan Penjana Gig yang mungkin anda ingin tahu.

1. Apakah itu Program Dana Padanan Caruman Ekonomi Gig Platform (PenjanaGig)?

Ia adalah bantuan kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi menjamin keselamatan sosial dan kebaikan golongan Orang Bekerja Sendiri (OBS). Ini melibatkan aktiviti pekerjaan ekonomi Gig.



Sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, berlaku peningkatan permintaan ke atas perkhidmatan dan pekerjaan berlandaskan ekonomi Gig dan seterusnya meningkatkan risiko kemalangan bencana kerja.

Bantuan kerajaan ini berbentuk sumbangan sebahagian caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), PERKESO.

2. Apakah itu pekerja Gig yang dimaksudkan di bawah Program PenjanaGig?

Pekerja Gig adalah mereka yang terlibat untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja di mana mereka dibayar upah dan dikendalikan melalui platform penyedia perkhidmatan atas talian (online) serta aplikasi digital. Rujuk Lampiran 1.

3. Apakah pelan perlindungan Keselamatan Sosial yang disediakan di bawah SKSPS?

Terdapat empat (4) jenis Pelan bayaran caruman SKSPS, sepertimana Jadual berikut;

4. Apakah pelan caruman yang layak di bawah skim ini?

Pelan caruman yang dipilih adalah pelan kedua iaitu RM232.80 setahun.

Bantuan caruman dibayar untuk tempoh perlindungan selama setahun.

5. Berapakah jumlah yang disumbangkan oleh kerajaan dan jumlah yang perlu dibayar oleh platform penyedia perkhidmatan?

Caruman akan dibayar melalui sumbangan kerajaan sebanyak 70 peratus, manakala baki 30 peratus adalah daripada sumbangan caruman oleh platform penyedia perkhidmatan di bawah Pelan 2.

Jumlah yang disumbangkan oleh kerajaan adalah sebanyak RM163.00 daripada RM232.80.

6. Adakah caruman boleh dibayar secara bulanan?

Caruman tidak boleh dibayar secara bulanan. Bantuan caruman dibayar untuk tempoh perlindungan selama setahun.

7. Apakah syarat-syarat yang melayakan OBS bagi mendapatkan manfaat di bawah program ini?

  • Bertaraf warganegara Malaysia/pemaustautin tetap.
  • Bekerja secara aktif di bawah platform penyedia ekonomi Gig.
  • Bekerja sepenuh masa atau separuh masa.
  • OBS yang belum pernah atau yang sedang mencarum SKSPS layak mendapat program Padanan Caruman ini.
  • Perlindungan SKSPS di bawah program ini adalah ditetapkan di bawah Pelan 2 sahaja.
  • OBS bekerja di Malaysia.
  • Mana-mana OBS yang melakukan aktiviti pekerjaan sendiri lebih daripada satu sektor adalah dibenarkan membuat permohonan, dengan syarat sektor berkenaan adalah di bawah platform penyedia ekonomi Gig. Contoh senario adalah seperti berikut:

8. Adakah platform penyedia perkhidmatan ekonomi Gig dikehendaki mendaftar di bawah penyedia perkhidmatan yang berdaftar dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)?

Ya, penyedia platform penyedia perkhidmatan adalah perlu berdaftar dengan MDEC.

9. Apakah faedah yang dinikmati oleh Orang Bekerja Sendiri di bawah Program PenjanaGig?

Faedah yang dinikmati oleh OBS adalah perlindungan Keselamatan Sosial di bawah SKSPS, PERKESO secara PERCUMA yang dibiayai oleh Kerajaan dan Platform Penyedia Perkhidmatan.

10. Apakah jenis faedah yang disediakan di bawah SKSPS?

Di bawah Skim Bencana Pekerjaan SKSPS, di antara faedah yang disediakan adalah seperti berikut:

Faedah-faedah lain yang disediakan adalah seperti berikut;

a) Faedah Perubatan
b) Faedah Pendidikan
c) Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional

Nota: Untuk penjelasan lanjut mengenai faedah-faedah SKSPS, sila rujuk laman sesawang gig.perkeso.gov.my.

11. Bagaimanakah permohonan program ini boleh dibuat oleh penyedia platform penyedia perkhidmatan?

Platform penyedia perkhidmatan boleh berdaftar di dalam Program PenjanaGig melalui laman sesawang gig.perkeso.gov.my.

12. Apakah dokumen yang diperlukan bagi pendaftaran di bawah Program PenjanaGig?

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Program PenjanaGig:

a) Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan; dan
b) Salinan surat pengesahan MDEC sebagai Rakan Strategik bagi Program Ekonomi Perkongsian

13. Bilakah permohonan ini boleh dikemukakan kepada PERKESO?

Permohonan dan bayaran caruman boleh dibuat bermula 15 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021.

Kelulusan setiap permohonan yang dikemukakan akan tertakluk kepada keputusan PERKESO secara muktamad.

14. Bilakah tarikh perlindungan SKSPS bermula?

Perlindungan bermula dari tarikh dan masa penerimaan bayaran caruman SKSPS oleh platform penyedia perkhidmatan.

15. Adakah terdapat had bilangan pekerja Gig untuk memohon di bawah Program PenjanaGig?

Tiada had bilangan pekerja Gig bagi setiap permohonan oleh platform penyedia perkhidmatan.

16. Bagaimana jika OBS sudah berdaftar di bawah mana-mana pelan SKSPS?

PERKESO sedang meneliti dan mengambil tindakan sewajarnya dan akan memaklumkan serta berbincang dengan pihak platform penyedia perkhidmatan.

17. Bagaimana jika OBS berhasrat untuk mendapatkan bantuan ini, tetapi tiada kerjasama daripada pihak platform penyedia perkhidmatan?

OBS boleh menghubungi pihak PERKESO untuk membuat libat urus (engagement) dengan pihak platform penyedia perkhidmatan.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-melkan kepada perkeso@perkeso.gov.my

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here