
GPX Thailand rasmi melancarkan skuter terbaharu GPX DZ2 Hyper-Trex yang menjanjikan gabungan prestasi, teknologi, dan gaya yang agresif.
Dijual pada harga THB73,500 (RM9,600) seunit, DZ2 diletakkan sebagai pilihan utama bagi penunggang yang inginkan keunggulan dalam segmen skuter 150cc.
Ia dikuasakan oleh enjin HYPER-i bersesaran 149.6 cc SOHC silinder tunggal, 4-lejang penyejukkan cecair berkuasa 10.5 kW @ 8,500rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500rpm bersama kotak gear CVT.
Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi teleskopik di depan dan dua penyerap hentak di belakang bersama brek cakera pada kedua-dua roda.
Keselamatan tunggangan disokong oleh Sistem Brek Anti Kunci dan Kawalan Traksi yang boleh dihidupkan atau dimatikan.
Selain itu, DZ2 sarat dengan teknologi yang mesra penunggang antaranya :
- Paparan TFT warna penuh bersaiz 6-inci
- Ketersambungan Bluetooth dengan aplikasi Carbit Ride, membolehkan ciri Mirror Screen Sharing
- Sistem pencahayaan LED penuh termasuk lampu hadapan jenis projektor
- Sistem Kunci Pintar dengan standard kalis air IP67
- Tangki minyak berkapasiti 8 liter
- Port USB jenis A dan C untuk kemudahan mengecas peranti
GPX DZ2 didatangkan dalam empat pilihan warna menarik yang menonjolkan rekaan dwitona iaitu Crayon Grey (Kelabu-Hitam), Super Black (Hitam), Matte Brown (Coklat-Hitam) dan Lava Red (Merah-Hitam)


