[Video] “Mana boleh masuk enam orang dalam kereta, benda basicpun tak tahu,” pemandu e-hailing

29220

Seorang pengguna TikTok @safrah699 berkongsi pengalaman bekerja sebagai pemandu e-hailing. 

Di dalam akaun berkenaan, dia berkongsi rakaman kamera kabin kerenah pelanggan ketika melakukan e-hailing. Bagaimanapun, insiden terbaru yang dialaminya di luar dugaan.

@safrah699

budak2 UM ni mana boleh nak msk 6 orng dlm keta kan dh kena cancel dkt university belajar apa benda basic pun tak tahu.. #ehailing

♬ original sound – safrah699 – safrah699



Menerusi video pendek itu, pemuda berkenaan berkongsi menerima tempahan daripada mahasiswi Universiti Malaya.

“Budak-budak UM ni mana boleh nak masuk enam orang dalam kereta kan dah kena cancel. Dekat universiti belajar apa benda basicpun tak tahu,” tulisnya pada kapsyen video.

Di awal video pemandu berkenaan sudah memaklumkan kepada pelanggan hanya boleh membawa empat orang pelanggan.

“Empat orang aje, mana boleh ramai-ramai,” katanya. 

Bagaimanapun, mahasiswi tersebut tidak mengendahkan pesanan tersebut dan salah seorang daripada mereka duduk di atas riba rakan di kerusi belakang.

“Muat aje, saya kecik bang,” kata salah seorang mahasiswi tersebut.

Susulan insiden itu, pemandu e-hailing itu membatalkan tempahan berkenaan dan meminta kesemua pelanggan keluar.

“Runtuh nanti kereta saya, keluar keluar, saya dah cancel, keluar semua,” katanya. 

Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan pelanggan tersebut yang tidak menempah Grab enam tempat duduk.

“Bukan, sebenarnya bende ni nampak kecik untuk sesetengah orang tapi besar bagi orang yang buat grab, sebab kalau kena saman rabak duit poket weyhh.”

“Kena jaga periuk nasi jugak. Kalau dah semua driver 4 seater amik macam ni macam mana nak jaga market untuk 6 seater.”

“Sokong! Contoh 6 seater, yang naik smpai 8 orang. Memang cancel la. Dah tau ada beg lagi, nak sumbat 8 orang pulak. Ingat apa! Kena saman satu hal, kereta rosak satu hal.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here