Honda City guna lorong motor, polis minta perakam tampil ke balai polis

541

Sebuah Honda City menggunakan lorong motosikal di KM30.1 Lebuh Raya Persekutuan arah Kuala Lumpur, Petaling Jaya tular selepas dikongsi pengguna Twitter di akaun @nanmanjoi8715.

Menerusi video tersebut, tindakan Honda City berwarna putih itu membuatkan penunggang motosikal marah kerana menghalang laluan mereka.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata berdasarkan rakaman kejadian sebenar berlaku pada 29 Mei (Isnin) pada jam kira-kira 1.50 petang. 

“Hasil pemerhatian, tiada kemalangan atau kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Pihak polis mengesan video berkenaan pada pada jam 5.40 petang, semalam dan meminta perakam tampil ke balai polis untuk membantu siasatan.

“Pohon perakam insiden untuk tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah Polis Petaling Jaya dan hubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014-2536820 untuk membantu siasatan.

“Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. 

Pihak polis ingin mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya untuk sentiasa patuh undang-undang bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

“Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pemandu yang memandu secara berbahaya,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here