Sisma Auto buka pusat 3S BYD bernilai RM5 juta di Glenmarie

331

Sisma Auto kini membuka pusat jualan jenama kenderaan elektrik China, BYD di Glenmarie, Shah Alam. 

Pusat 3S (pameran, jualan, servis) BYD yang terbesar di Glenmarie itu bernilai RM5 juta yang mampu mempamerkan sembilan kenderaan dan 16 ruangan servis dengan kemampuan penyelenggaraan 1,000 pelanggan sebulan. 



Pusat servis termaju berkeluasan 50,000 kaki persegi itu dilengkapi dengan peralatan diagnosis terkini, alat dan kelengkapan khas serta kawasan simpanan dengan suhu yang terkawal untuk komponen bateri yang sensitif.

Bilik Kenderaan Tenaga Baharu turut disediakan untuk membaiki komponen voltan tinggi. Pusat 3S BYD Sisma Auto juga mendapat pengiktirafan daripada Pengasas dan Pengerusi BYD, Wang Chuanfu, ketika kunjungan ke Malaysia pada 4 Mei lalu. 

Pengarah Urusan Kumpulan Sisma Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim berkata dengan sejarah perkongsian perniagaan automotif selama 30 tahun, syarikat bersedia untuk menawarkan pengalaman 3S premium kepada para pemilik BYD di Malaysia.

“Kami berbesar hati dapat menjalin hubungan perniagaan dengan BYD dan pengedarnya di
Malaysia, Sime Darby Motors.

“Kami percaya bahawa masa depan industri automotif ialah kenderaan elektrik dan sebagai pembuat Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) nombor satu di dunia, BYD berada dalam kedudukan yang terbaik untuk menjadi peneraju masa depan tenaga elektrik,” katanya. 

Sempena pembukaan pusat 3S tersebut, BYD Sisma Auto akan menganjurkan karnival istimewa bermula 2 hingga 11 Jun 2023.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here