Penunggang Foodpanda dilihat solat di atas lantai perkarangan stesen minyak

2955

Sememangnya situasi getir yang kita lalui saat ini amat mencabar dan kadang kala menjatuhkan semangat kita sebagai manusia yang banyak kelemahan.

Namun begitu, ingatan kita sebagai hamba yang tidak pernah luput kepada-Nya mampu memberi kekuatan luar biasa biarpun badai melanda.

Hanya kepada-Nya kita memohon pertolongan dan kebergantungan. Semoga kita semua diberikan kekuatan.



Berikut adalah tulisan Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di laman Facebook beliau, menunjukkan seorang rider atau penunggang penghantar makanan Foodpanda yang solat di atas permukaan simen.

Kawasan itu kelihatan seperti di sebuah stesen minyak. Mungkin stesen minyak menjadi tempat mudah untuk para rider berehat dan berkumpul sebelum mengambil job menghantar makanan seterusnya.

Dan kenapa dia bersolat di luar, mungkin juga kerana surau di situ ditutup sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19. Ini bermakna rider ini sudah terbiasa dengan situasi seperti ini dan telah membawa sehelai sejadah dari rumahnya.

Perkongsian pada 13 April 2020 itu telah mendapat lebih 7,000 Like dan 215 Share pada masa artikel ini ditulis.

Beberapa minggu lepas semasa minggu pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Motoqar ada menyiarkan sebuah kisah seorang penunggang GrabFood yang tidak lupa melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya apabila dilihat menunaikan solat di sebuah stesen minyak.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here