Miliki Toyota Yaris dari RM538 sebulan dengan Toyota Online Showroom, tawaran lain untuk Vios dan Hilux

2454

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) melancarkan Online Showroom atau Bilik Pameran Dalam Talian untuk memudahkan pelanggan membuat tempahan bagi model baharu Toyota.

Kini, pelanggan yang berminat untuk memiliki kenderaan Toyota hanya perlu mengikut langkah-langkah mudah dengan melayari laman sesawang tyt.my/online-showroom.



Dari Online Showroom ini, pelanggan boleh memliki model Toyota Yaris yang stailo dari RM538 sebulan sahaja.

Selepas mengisi beberapa maklumat, penasihat jualan seterusnya akan menghubungi anda untuk tindakan susulan. Ternyata, cara yang disediakan adalah cukup mudah dan menyenangkan lebih-lebih lagi ketika negara ini mengalami masalah pandemik Covid-19.

Selain itu, tawaran menarik turut disediakan untuk model Vios (dari RM588 sebulan) dan model Hilux (dari RM775 sebulan).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here