PKP: Peningkatan jumlah tangkapan seramai 7,668 individu pada PKP fasa 2

1691

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1 dan fasa 2 yang bermula pada 18 Mac yang lalu, seramai 14,922 individu telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

pkp fasa 2

Pada PKP fasa 2, terdapat peningkatan sebanyak 7,668 individu yang membawa kepada jumlah tangkapan sebanyak 11,295, berbanding PKP fasa 1 yang merekodkan sebanyak 3,627 tangkapan.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata peningkatan itu adalah disebabkan tindakan individu yang mengingkari arahan arahan PKP untuk tinggal di rumah.

Beliau juga berkata, selaras dengan kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri, pihak polis akan terus menahan mana-mana individu yang dikesan melanggar arahan PKP bermula, hari ini.

“Kita akan menangkap individu terbabit dan membawanya ke balai untuk membuka kertas siasatan atas kesalahan melanggar PKP sebelum mendakwanya di mahkamah.

“Pihak polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum menyerahkannya kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan tuduh.”

“Dalam PKP fasa 3 ini pihak polis tidak akan lagi berkompromi dengan sebarang alasan tidak munasabah.”No more (tiada lagi) kompaun, terus tuduh di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, sehingga hari ini seramai 5,930 pesalah telah dituduh di mahkamah di seluruh negara atas kesalahan melanggar PKP.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here