Perbezaan lalu lintas 10 bandar paling sibuk di dunia semasa dan selepas lockdown

2489

Lockdown atau perintah kawalan pergerakan yang dilakukan di pelbagai negara sepanjang penularan pandemik Covid-19 menyebabkan pengurangan kesesakan lalu lintas di sesebuah bandar yang sangat dramatik.  

Namun, setelah perintah lockdown dilonggarkan oleh beberapa negara, kesesakan lalu lintas di sesetengah bandar kembali sibuk.



Disini kami akan senaraikan perbezaan keadaan lalu lintas di 10 bandar paling sibuk di dunia semasa dan selepas perintah lockdown.

1. Paris

Paris mengalami salah satu pengurangan kesesakan lalu lintas yang paling dramatik pada awal tahun 2020. Pada April lalu, kesesakan lalu lintas di Paris menurun 89% berbanding tahun 2019.

Tetapi sejak sekatan dan lockdown dilonggarkan pada bulan Jun, keadaan lalu lintas di Paris kembali meningkat sebanyak 28 peratus berbanding pada bulan April.

2. New Delhi

Merupakan salah satu bandar terbesar di India, New Delhi mempunyai jalan raya yang sangat sesak, yang menjadikannya salah satu bandar yang paling sibuk di dunia.

Walau bagaimanapun, pandemik Covid-19 pada tahun 2020 menjadikan New Delhi sebagai ‘bandar mati’ dengan pengurangan sebanyak 90% kesesakan. Pada bulan Jun setelah pemerintah India melonggarkan lockdown, kesesakan lalu lintas di New Delhi kembali meningkat sebanyak 25%.

3. London

Ibu negara England ini sering mengalami kesesakan lalu lintas dari pagi hingga malam. Semasa lockdown, jalan-jalan di London kosong dengan kadar kesesakan puncak menurun kepada 8%, atau 76% lebih rendah daripada pada tahun 2019.

Namun, setelah perintah lockdown dilonggarkan, kesesakan lalu lintas di London meningkat sebanyak 17 peratus pada bulan Julai, berbanding bulan April 2020. 

4. New York

Sukar untuk membayangkan sebuah bandar yang besar seperti New York tanpa kehadiran kereta dan orang ramai.

Pada bulan April 2020, kesesakan lalu lintas di New York menurun sebanyak 94 peratus berbanding tahun 2019.

Sehingga kini, masih ramai masyarakat di New York memilih untuk berada di rumah, yang menyaksikan kesesakan lalu lintas pada bulan Julai di bandar itu hanya meningkat sebanyak 13 peratus.

5. Berlin

Penguatkuasaan lockdown di Berlin antara yang paling ketat berbanding dengan bandar-bandar besar yang lain. Kadar kesesakan lalu lintas di bandar ini pada bulan April 2020 menurun sebanyak 47 peratus berbanding bulan April 2019.

Sehingga ini, lalu lintas di bandar ini masih belum seperti sedia kala, dimana pada bulan Julai 2020, kesesakan lalu lintasnya meningkat hanya 12 peratus.

6. Tokyo

lalu lintas bandar

Walaupun tidak seberapa sesak seperti bandar yang lain, bilangan kenderaan pada jalan raya di Tokyo cukup padat.

Kadar kesesakan lalu lintas di Tokyo turun sebanyak 42 peratus pada bulan April 2020, jika dibandingkan dengan bulan April 2019. Dengan norma baru yang diperkenalkan, jalan raya di Tokyo kembali digunakan, dimana peningkatan kesesakan berlaku sebanyak 10 peratus.

7. Beijing

lalu lintas bandar

Ibu negara China ini menempatkan sekitar 21 juta penduduk. Jalan raya di bandar ini biasanya akan sangat sesak pada setiap hari.

Pada bulan April 2020, kadar kesesakan lalu lintas di bandar ini menurun sebanyak 61 peratus berbanding tahun sebelumnya. Sejak dari itu, China merupakan antara negara paling lambat ‘beroperasi semula’ dengan kenaikan kesesakan lalu lintas meningkat hanya 9 peratus pada bulan Julai 2020.

8. Sao Paolo

lalu lintas bandar

Brazil berada di bawah pengawasan ketat setelah lebih dari satu juta kes Covid-19 dilaporkan di negara tersebut. Walaupun Presiden, Jair Bolsonaro belum melaksanakan lockdown, kesesakan di salah satu bandar tersibuk di dunia telah menurun secara mendadak sebanyak 77% berbanding tahun 2019 yang lalu.

Sao Paolo juga merupakan bandar yang ‘beroperasi semula’ secara sederhana, dengan kesesakan lalu lintas meningkat hanya 8 peratus antara bulan April hingga Julai 2020.

9. Los Angeles

lalu lintas bandar

Digelar sebagai City of Angels, bandar ini mengalami penurunan kesesakan lalu lintas sebanyak 80 peratus pada bulan April 2020. 

Pada bulan Julai 2020, tahap kesesakan lalu lintas di bandar ini meningkat hanya 7 peratus.

10. Johannesburg

lalu lintas bandar

Bandar terbesar di Afrika Selatan ini mengalami penurunan kesesakan lalu lintas sebanyak 69 peratus pada bulan April 2020, berbanding tahun sebelumnya. 

Selain mengalami penurunan yang sangat drastik, tahap kesesakan lalu lintas juga meningkat sangat sedikit, dimana ia meningkat sebanyak 6 peratus antara bulan April hingga Julai 2020.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here