Grab wujudkan dua tabung khas untuk bantu pemandu dan penghantarnya

1444

Grab mewujudkan 2 tabung khas yang dinamakan Partner Protection Fund dan Partner Relief Fund bagi menyokong rakan petugas pemandu dan penghantarnya.

tabung khas grab

Ketua Grab Malaysia, Sean Goh dalam satu kenyataan berkata ‘Partner Protection Fund’ yang menawarkan bantuan sokongan sehingga RM1,000 tiap seorang pemandu atau rakan penghantar, adalah tabung perlindungan bagi membantu petugas yang disahkan positif jangkitan COVID-19, atau yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin.



“Sementara itu Partner Relief Fund sehingga RM300 tiap seorang pemandu atau rakan penghantar, akan membekalkan rakan petugas kami ini dengan baucar bagi membantu perbelanjaan isi rumah harian mereka.

“Baucar ini boleh digunakan untuk kebanyakan perkhidmatan Grab, sama ada bagi ‘reload’ perkhidmatan telefon bimbit atau membeli barang dapur penting dengan diskaun 50 peratus bagi keluarga mereka sepanjang tempoh berkenaan,” katanya tentang dua tabung khas ini.

Menurutnya Grab turut membekalkan petugas dengan penutup hidung dan mulut menerusi GrabBenefits dan telah bekerjasama dengan mereka untuk menjadikan dua amalan sebagai mandatori, yakni sanitasi tangan di kedai, dan pembungkusan rapi bagi mengelak kontaminasi dan tumpahan.

Goh berkata Grab mengambil langkah-langkah yang imperatif untuk menjaga rakan penghantar mereka ini semasa mereka terus berkhidmat kepada pelanggan, terutama dengan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here