Hanya bersekolah hingga Tingkatan 1, kini miliki bengkel tersohor

3930

Ini merupakan kisah perjalanan seorang anak muda yang hanya sempat bersekolah hingga Tingkatan Satu, tetapi kini merupakan pemilik salah satu bengkel kereta terkenal di Kuantan, Pahang.

Mohd Shukri Osman atau lebih dikenali sebagai Mat Yie berasal dari Kelantan. Mat Yie merupakan seorang yang mempunyai semangat untuk berjaya walaupun beliau tidak bernasib baik pada zaman remajanya.



Masalah kewangan keluarga menyebabkan dia tidak sempat menghabiskan persekolahannya.

Mat Yie mula bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel lori sebelum membuka bengkelnya sendiri pada 2005. Pada masa itu, bengkelnya hanya berbumbungkan kanopi bersaiz 20×20. Kemudian pada 2008, beliau dapat menumpang di bengkel kawannya.

Tetapi kini, hasil dari semangat kental dan usaha tanpa putus asa, Mat Yie mampu tersenyum dengan pencapaian bengkel yang dimiliki sekarang.

Bengkel Kelspeed Garage ini terletak di Kuantan, Pahang dan mempunyai perkhidmatan komprehensif untuk hampir semua kerja-kerja membaiki dan baik-pulih kenderaan.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah cat dan kerja-kerja membaiki badan kenderaan, membaiki, servis biasa, ujian dyno, malah ujian prestasi kereta.

Dengan harga berpatutan, bengkel ini juga menerima dan mampu membaiki pelbagai jenis kenderaan sama ada jenama tempatan atau import.

Bengkel beliau sekarang difahamkan sedang dalam proses ubahsuai demi keselesaan pelanggan serta hasrat beliau untuk membantu membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang mungkin kurang bernasib baik sepertinya dulu.

Betullah orang kata, tidak cemerlang di sekolah, tidak bermakna seseorang itu tak akan berjaya.

Syabas anak muda!

Maklumat bengkel:
Kelspeed Garage
Lot 1474-A, Kampung Pahang, Jalan Sungai Soi, 25150 Kuantan Pahang
Telefon: 019-9566386 (Mat Yie)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here