Guna mod Autopilot dan duduk di kerusi penumpang, pemilik rakam Tesla tanpa pemandu

2102

Sistem Autopilot menggunakan pelbagai teknologi inovatif, prestasi tinggi yang membolehkan kereta mengenal pasti halangan di jalan raya, dan dipandu secara automatik tanpa pemandu.

Namun, kita tidak seharusnya terlalu bergantung kepada sistem ini dan mengabaikan langkah-langkah keselamatan dan tidak fokus semasa memandu.



Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan sebuah kereta Tesla bergerak sendiri di jalan raya tanpa dikawal oleh pemandu, dimana ia mengundang pelbagai komen dari netizen.

autopilot

Kereta ciptaan Elon Musk itu sering menjadi perbualan hangat di kalangan netizen apabila terdapat kemalangan yang berlaku disebabkan pemandu terlalu bergantung kepada ciri Autopilot kenderaan itu.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang individu dilihat sedang duduk di tempat duduk penumpang sambil merakam perjalanan keretanya di atas jalan raya.

Namun apabila dia menunjukkan pandangan di tempat duduk pemandu, tempat duduk itu kosong kerana keretanya sedang dikawal oleh sistem Autopilot Tesla.

Lelaki itu juga kelihatan sungguh yakin dengan ciri Autopilot kereta itu untuk membawa Tesla ke jalan raya yang sibuk tanpa pemandu, sementara ramai netizen yang mengaku tidak akan berani untuk meletakkan nyawa mereka dalam pegangan mesin.

 

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 3.9 juta tontonan, 12,800 retweets dan 49,300 likes. Rata-rata netizen mengeluarkan pelbagai pendapat mereka di ruangan komen.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here