
Sistem brek kecemasan autonomi menjadi satu perkara biasa dalam seluruh industri automotif pada masa kini, kerana ia berpotensi besar untuk menyelamatkan nyawa seseorang.
Namun, ketika dalam ujian, sistem ini kadang-kadang tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.
Pelbagai ujian sistem brek kecemasan autonomi telah dilakukan keatas pelbagai kereta dari pelbagai jenama, namun banyak yang gagal, termasuk kereta dari Tesla.
Semasa demonstrasi keselamatan di China baru-baru ini, sebuah Tesla Model 3 berwarna putih melanggar patung pejalan kaki dalam ujian sistem brek kecemasan autonominya.
Clip from China of a $TSLA Model 3, evidently equipped with the latest and greatest safety technology. My guess is the 4D dojo supercomputer recognizes that the pedestrian dummy is not a human and therefore sees no reason to perform evasive maneuvers. pic.twitter.com/R1mQqbxIy9
— Stultus (@StultusVox) September 20, 2020
Sedan elektrik tersebut gagal mengesan kehadiran patung tersebut dan terus melanggarnya. Dalam satu video lain, sebuah Tesla Model 3 berwarna merah melanggar patung pejalan kaki yang melalui lintasan pejalan kaki.
Jika diperhatikan pada video, Model 3 berwarna merah ini dapat mengesan objek di hadapannya tetapi tindakan itu sangat lambat hingga menyebabkan ia melanggar patung tersebut.
Chinese media ran a series of tests to examine vehicle safety measures, recording their findings. Tesla performed by far the worst. Here is a video of a $TSLA failing its automatic braking test.
Tesla charges $8000 for "Full Self Driving" but can't detect pedestrians in the road pic.twitter.com/4fB60MPUYI
— Stultus (@StultusVox) September 20, 2020
Berdasarkan ujian yang sama dari AAA di Amerika Syarikat pada tahun lepas, semua kenderaan yang diuji difahamkan gagal untuk mengurangkan kelajuan hentaman secara konsisten, pada kelajuan 48km/j.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar