Hap Seng Star bawakan konsep butik mewah untuk produk Mercedes

1940

Mercedes mempelopori konsep butik mewah untuk jualan kenderaan di Malaysia dengan kerjasama terkini mereka bersama Hap Seng Star.

Mereka telah melancarkan Mercedes Autohaus terbaharu yang juga merupakan cawangan pertama di Malaysia menerima Luxury Lifestyle Boutique.



Hap Seng Star Kuala Lumpur Autohaus menjanjikan pengalaman pembelian unik untuk pelanggan Mercedes-Benz.

Fasiliti terbaharu ini dibina di atas tapak seluas 29,300 kaki persegi, dan diuruskan oleh 20 pekerja dalam satu-satu masa.

Di tingkat bawah merupakan ruangan butik aksesori dan koleksi Mercedes dimana pelanggan boleh memperoleh barangan seperti pakaian rasmi dan kasual, cermin mata dan jam tangan bergaya. Terdapat juga aksesori seperti tali pinggang, dompet dan cufflinks.

Sementara itu di tingkat 2, antara tarikan utama ialah lounge persendirian. Ruangan rehat selesa ini dihidangkan dengan pemandangan Jalan Sultan Ismail.

Di tingkat 3 pula, selain ruang pameran kenderaan, terdapat sebuah café dimana pelanggan boleh menikmati pelbagai juadah dan kopi.

Akhir sekali, ruangan delivery atau penyerahan kenderaan. Ruangan 2,000 kaki persegi ini cukup luas untuk dua hingga tiga buah kereta. Istimewanya, ruangan ini dilengkapi pencahaayaan khas untuk memberikan pengalaman penerimaan kereta yang unik kepada pelanggan.

Hap Seng telah melabur sebanyak RM300 juta untuk pelbagai cawangannya di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Hap Seng Star KL Autohaus menelan belanja RM3.5 juta untuk disiapkan.

Lokasi Hap Seng Star KL Autohaus: GF-01 Menara Hap Seng 3, No. 1, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here