Bilik pameran Mercedes Mutiara Damansara tampilkan pengalaman pembelian masa depan

882

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan bilik pameran Mercedes Mutiara Damansara Autohaus, iaitu yang pertama di Malaysia yang menampilkan konsep identiti terbaharu dari Mercedes-Benz.

Bilik pameran Mercedes Mutiara Damansara ini bukanlah baharu sepenuhnya, tetapi ia telah dinaiktaraf untuk memberikan pengalaman pembelian unik untuk pelanggan.

Di ruang masuk, terdapat kawasan unik yang menyambut ketibaan pelanggan. Bagi mereka yang telah membuat temujanji awal, konsultan bertanggungjawab akan bersedia untuk menerima ketibaan.

Tetapi bagi yang tidak membuat sebarang temujanji, pelanggan masih boleh mendapatkan bantuan dari Star Assistant dan pakar produk untuk membantu sepanjang di dalam bilik pameran.

Jom Baca:   Mansory Gronos - bila Mercedes-AMG G63 dikustom ala Bumblebee

Di ruang pameran, ia disokong oleh media yang interaktif untuk membantu pelanggan merasai dan mengalami jenama Mercedes secara realiti dan maya.

Terdapat juga ruang riadah dan santai serta kafe untuk pelanggan menunggu dengan selesa sementara kenderaan mereka diservis.

Keseluruhan ruang bilik pameran ini adalah moden, ringkas dan memanipulasi cahaya dengan baik untuk memberikan pencahayaan optima untuk pelanggan dan kereta yang dipamer.

Untuk ruang serahan kenderaan pula, ia menyambut setiap pelanggan dengan paparan media dan bunyi akustik untuk menyerikan lagi susasan ketika penyerahan kunci kenderaan kepada pelanggan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here