Perodua Bezza sedan bawah 1.0 liter laris dijual di Sri Lanka

1604

Dalam tempoh tujuh bulan pertama 2019, Perodua Bezza menerajui kenderaan bagi kelas di bawah 1.0 liter dari segi jualan kenderaan baharu.

 



Dijual pada harga Rs3.69 juta (RM86,200) pada pelancarannya pada Jun 2017, kira-kira 1,500 unit Perodua Bezza dijual di Sri Lanka . Sehingga kini, meletakkannya antara model jualan terpantas yang pernah ditawarkan Perodua di sana.Ianya sama dengan Perodua Axia, yang kira-kira 3,000 unit dijual sejak 2015, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Sri Lanka adalah pasaran luar negara terbesar Perodua, di mana pengedar tempatan Unimo Enterprises menjual lebih daripada 15,600 kereta Perodua sejak 1997,” katanya.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata PERODUA akan terus menyokong pengedar di luar negara memandangkan syarikat itu kini berkembang di rantau Asia Pasifik.

“Kami bekerja rapat dengan Unimo untuk memberikan pengetahuan produk dan latihan teknikal kepada kakitangan jualan dan perkhidmatan mereka. Maka pelanggan Sri Lanka yang kami hargai dapat yakin dengan mengetahui bahawa Bezzas dan Axias mereka sentiasa berada di tangan yang terbaik,” katanya.

Perodua berhasrat mengeksport 3,270 kereta tahun ini, 50 peratus lebih tinggi daripada 2,184 unit tahun lalu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here