Perodua anjur Pertandingan Kemahiran Badan dan Cat

1706

Buat julung kalinya, Perodua telah menganjurkan Pertandingan Kemahiran Badan dan Cat (B&P) dengan dalam usaha untuk membangunkan modal insan dan memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan B&P.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin berkata, “Keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami. Apabila sesebuah kenderaan terlibat dalam perlanggaran, keadaan struktur dan tahap keselamatannya mungkin akan terjejas. Juruteknik B&P kami telah dilatih secara profesional untuk memberikan mutu kerja yang terbaik dalam proses memulihkan kenderaan Perodua yang terlibat dalam perlanggaran.”



Walaupun Perodua telah menganjurkan Pertandingan Kemahiran Teknikal Kebangsaan sejak tahun 1997, yang melibatkan penasihat servis, foreman dan mekanik dari seluruh Malaysia, ini merupakan kali pertama pertandingan seperti ini diadakan untuk kakitangannya di B&P.

Para peserta diberikan senario sukar yang berkaitan dengan pelanggan dan dinilai bukan sahaja berdasarkan kebolehan teknikal dan kemahiran menyelesaikan masalah, malah penekanan yang diberikan kepada Kepuasan Pelanggan.

Pertandingan Kemahiran Badan dan Cat Perodua yang pertama ini menyaksikan seramai 140 penasihat servis B&P, juruteknik badan dan juruteknik cat daripada 33 hab B&P dan 4S di seluruh negara menyertai pusingan awal yang berlangsung di sepanjang Februari dan Mac lalu.

Peringkat separuh akhir pada April lalu telah menghasilkan 12 finalis dalam tiga kategori yang dipertandingkan iaitu penasihat servis B&P, juruteknik badan dan juruteknik cat. Peringkat akhir pada minggu lepas telah menyaksikan Norhizam Zainal Abidin (Hab Puchong B&P), Hazinin Rosli (Kota Kinabalu 2) dan Fazwan Mazlan (Kota Bharu 1) menjuarai kategori tersebut masing-masing.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here