Hafizh akan kembali ke Moto2?

1722

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedia merealisasikan kemasukan pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah ke dalam pasukan Petronas Sprinta Racing Team dalam saingan Moto2 apabila mengadakan pertemuan empat penjuru dengan kesemua pihak berkepentingan, akhir bulan ini.

Beliau berkata, peluang membawa masuk pelumba kelahiran Selangor berusia 25 tahun itu tidak wajar dibazirkan, namun, keputusan muktamad tidak boleh dibuatnya secara berseorangan apatah lagi dengan Petronas sebagai penaja terbesar pasukan itu.Hafizh

“Saya sudah berhubung dengan SIC (Litar Antarabangsa Sepang) khususnya Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Razlan Razali dan juga Hafizh selain Petronas untuk membincangkan tentang masa depan pelumba itu pada akhir bulan ini dan bagaimana dia boleh menyertai pasukan tersebut.



“Pendirian saya ialah dia patut ada tempat dalam pasukan Malaysia sendiri dan saya berharap peluang itu tidak dibazirkan. Katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Sukan Negara (ISN) di Dewan Ser Budiman UiTM di sini, hari ini.

UiTM diwakili Naib Canselornya, Profesor Emeritus Mohd. Azraai Kassim, manakala menandatangani bagi pihak ISN ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Faedzal Md. Ramli. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Industri, Komuniti, Alumni dan Rangkaian Usahawan UiTM merangkap Pengerusi ISN, Profesor Datuk Rahmat Mohamad.

Mengenai soal prestasi yang menyebabkan Hafizh kehilangan tempat dalam pasukan Red Bull KTM Tech3 bagi musim depan. Syed Saddiq memberitahu, memang lumrah dalam karier seorang atlet sehebatnya, ada pasang dan surut.

“Namun, untuk dia menyertai MotoGP atau Moto3 masih bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi untuk sampai ke tahapnya sekarang. Dia telah buktikan kemampuannya sebagai wira negara dan ikon sukan motor. Malah mat-mat motor di luar sana juga boleh berjaya sepertinya apabila mendapat bantuan sebaik mungkin,” ujarnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here