Wilayah Cavite di Filipina haramkan kenderaan dengan enjin petrol dan diesel menjelang 2035

1301

Di seluruh dunia, beberapa negara telah mengumumkan tentang larangan penggunaan kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman pada masa tertentu. Ini bermakana, hanya kenderaan elektrik dibenarkan untuk diguna.

Salah satu wilayah di Filipina iaitu Cavite turut mengambil inisiatif ini. Cavite bersama dengan semua unit pemerintah tempatan mereka mempunyai rancangan untuk menjadikan wilayah tersebut bebas emisi dalam masa terdekat.



Secara khusus, mereka akan mula untuk menggantikan kenderaan dengan enjin petrol dan diesel yang digunakan sebagai kenderaan awam pada tahun 2035.

Pengumuman tentang rancangan ini diumumkan oleh gabenor Cavite, Jonvic Remulla, melalui laman media sosial rasminya. Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut bukan satu kenyataan yang rasmi.

kenderaan diesel petrol Cavite

Menurut gabenor, topik ‘Goin Green’ akan dibahas oleh semua unit pemerintah pada suatu masa tertentu. Menurutnya, proses menjadikan rancangan ini menjadi realiti juga bukanlah satu perkara yang mudah dan akan mengambil masa sehingga 15-20 tahun.

Beberapa langkah juga mestilah dirancang dengan teliti bagi memastikan infrastruktur yang diperlukan mencukupi untuk menjayakan program ini.

“Proses ini walau bagaimanapun memerlukan rundingan, kejuruteraan dan analisi terhadap impak ekonomi sebelum ia dimasukkan ke dalam undang-undang. Tujuan kami ialah menjadikan Cavite bebas enjin petrol dan diesel menjelang tahun 2040,” kata gabenor. 

Pemilik kenderaan persendirian pula tidak perlu risau kerana kenderaan mereka masih dibenarkan digunakan di Cavite. Program baru yang diperkenalkan ini hanya khas untuk kenderaan yang digunakan oleh pihak kerajaan dan kenderaan pengangkutan awam.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here