Recall fuel pump Mazda – 19,685 unit kenderaan pelbagai model di Malaysia terlibat

291

Mazda Corporation telah mengumumkan panggil semula (recall) untuk menggantikan modul penghantaran bahan api (pam bahan api) untuk langkah berjaga-jaga.

Berdasarkan dari maklumat Mazda Corporation Japan, sejumlah 19,685 unit kenderaan Mazda terlibat dengan recall ini. Model-model terlibat adalah Mazda2, Mazda3, Mazda6, CX-3, CX-5 dan CX-9 yang dikilangkan dari 2017 hingga 2019.

Sebagai pengedar tunggal Mazda di Malaysia, Bermaz Motor bersama dengan Mazda Corporation sedang giat menyelesaikan isu ini secepat mungkin.

Mazda CX-3

Dalam pada itu, Bermaz Motor menegaskan model-model pengeluaran tahun 2020 tidak terlibat dalam recall ini.

Recall ini juga bertujuan mengelakkan berlakunya kehilangan kuasa enjin atau kenderaan terhenti disebabkan modul pam bahan api itu.

Berikut adalah senarai model dan jumlah ayng terlibat di Malaysia:

  • Mazda2 – 2,028 unit
  • Mazda3 – 1,441 unit
  • Mazda6 – 13 unit
  • CX-3 – 381 unit
  • CX-5 – 15,780 unit
  • CX-9 – 42 unit

Pelanggan yang terlibat akan diberitahu melalui surat dan SMS yang akan disertakan dengan maklumat terperinci. Selepas mendapat pemberitahuan, pelanggan haruslah menghubungi pusat servis Bermaz Motor terdekat untuk membuat temujanji.

Kos penggantian dan upah akan ditanggung sepenuhnya oleh Bermaz Motor. Tempoh masa diperlukan untuk penggantian adalah sekita satu jam setengah atau lebih lama bergantung kepada model dan kapasiti servis pada masa itu.

Untuk maklumat lanjut, layari https://mazda.com.my/mazda-recall-information-centre.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here