Pandu uji: Mazda CX-3 SkyActiv-G GVC – Dilema kehendak hati dan rasional

5587

Kali ini Motoqar berpeluang memandu uji Mazda CX-3 SkyActiv-G GVC. Anda mungkin pernah mahukan sesuatu yang anda tahu sebenarnya bukanlah satu pembelian yang begitu rasional. 

Kasut Adidas Yeezy yang berharga RM1,400 sepasang atau kemeja-T Supreme berharga ratusan ringgit sehelai, adakah anda betul-betul perlukannya?

Kasut Adidas Superstar biasa atau kemeja-T H&M juga tetap bergaya, namun lebih “mesra poket” dengan harga suku sahaja dari yang disebut mula-mula tadi.



Tetapi sebenarnya kadang-kadang dalam hidup ini kita tidak perlu begitu rasional sangat. Beli sahaja Yeezy itu jika anda suka dan mampu. Reward diri sendiri katakan.

Mazda CX-3
Mazda CX-3

Dalam kes Mazda CX-3 ini, ia merupakan salah satu contoh kereta yang dibeli kerana anda mahu, dan bukan kerana anda perlu sangat. Tak faham? Teruskan membaca.

Mazda CX-3

Pada harga RM130k, ia hanya RM3k sahaja lebih murah dari varian asas Mazda CX-5, iaitu 2.0 GL 2WD. Malah CX-5 juga jauh lebih besar. Sudah nampak apa saya ingin sampaikan?

Jadi berbaloikah CX-3 ini untuk kita ikut kehendak hati?

Luaran Mazda CX-3

Mazda CX-3

Bergantung kepada jantina anda, Mazda CX-3 ini cukup bergaya. Lelaki mengatakan ia nampak tegap dan sporti, dan wanita mengatakan ia cantik dan bersaiz ngam-ngam sahaja.

Mazda CX-3 - lampu belakang

Dan semasa memandu CX-3 ini selama beberapa hari, penulis bertanya kepada keluarga, isteri dan kawan-kawan, semuanya sukakan bentuknya. Belum pernah penulis jumpa orang yang tidak sukakan rekabentuk luaran Mazda CX-3 ini.

Mazda CX-3 - lampu hadapan

Dengan facelift yang dibuat tahun lepas, CX-3 menerima sedikit perubahan di luar dan dalam. Ini termasuklah unit LED untuk lampu depan, lampu kabus dan lampu belakang. Bentuk luaran lampu tidak berubah, namun nyalaan lampu belakang kini menyerupai CX-5 dengan elemen seperti nombor 6.

Mazda CX-3

Secara keseluruhan, dengan saiz badan yang cukup sederhana dan roda 18-inci bergaya, Mazda CX-3 memang nampak kemas dan sedap dipandu, walaupun anda belum memandunya.

Dalaman Mazda CX-3

Mazda CX-3

Pembaharuan facelift di bahagian kabin termasuklah keyless entry and start, tempat duduk pemandu berkuasa dengan fungsi memori, penggilap cermin automatik, penghawa dingin automatik, paparan ­heads-up berwarna, paddle-shifters, sistem MZD Connect dengan skrin 7-inci dan cermin pandang belakang auto-malap.

Mazda CX-3 - tempat duduk belakang

Sebaik sahaja duduk di belakang stereng, serta-merta anda akan perasan bahawa kereta ini direka untuk pemandu. Antara sebabnya adalah ruang simpanan yang tidak mencukupi dan kurang praktikal, serta tempat duduk tengah belakang yang tidak selesa. Lebih memburukkan keadaan, terdapat bonggol di lantai tengah bahagian belakang ini.

Mazda CX-3 - konsol tengah

Berbalik kepada ruang simpanan, kenderaan moden biasa dilengkapi dengan satu atau dua pemegang cawan di konsol tengah yang mudah digunakan dan senang dicapai. Tidak bagi CX-3 ini. Ada satu pemegang cawan yang agak pelik rekaannya, dan terletak agak ke belakang dan mudah terlindung dengan perehat tangan di tengah.

Mazda CX-3 - tempat duduk

Tetapi untuk pemandu, Mazda CX-3 sangat cemerlang. Posisi tempat duduk mempunyai pelarasan yang boleh disesuaikan untuk banyak saiz badan. Ergonomik tempat duduk, stereng, capaian butang-butang kawalan dan penglihatan ke luar semuanya cukup baik dan memfokus pada pemandu.

Mazda CX-3 - meter

Ciri lain yang memfokus pada pemandu yang penulis suka adalah meter putaran enjin (rpm) di tengah-tengah panel instrumen, dan tombol gear yang anda tolak ke depan untuk turun gear (downshift) dan tarik ke belakang untuk naik gear (upshift). Seperti kereta sport sejati.

Selain dari tempat duduk belakang tengah yang tidak selesa, ruang tempat duduk belakang tepi cukup baik, selesa dan memadai.

Enjin dan prestasi

Mazda CX-3 - enjin

Hanya satu varian CX-3 ditawarkan di Malaysia, iaitu varian CBU (diimport sepenuhnya). Varian ini memberikan enjin berkapasiti 2.0-liter, cukup dengan 154hp dan 206Nm tork.

Menariknya, CX-3 lebih berkuasa jika dibandingkan dengan Toyota CH-R dan Honda HR-V dan ya, kami tahu kedua-dua model ini berkapasiti 1.8-liter. Tetapi, walaupun beza lebih kurang 200cc sahaja sesarannya, enjin CX-3 jauh lebih kuat, lebih dari 30Nm perbezaan.

Mazda CX-3

Dan walaupun enjin SkyActiv-G pada CX-3 ini jenis naturally-aspirated (NA), cara penghantaran kuasanya mirip enjin turbo atau diesel. Kuasa maksima di hujung pada 6,000rpm tetapi tork maksima dicapai pada takat agak rendah, iaitu 2,800rpm.

Mazda CX-3

Ditambah dengan sistem SkyActiv-G yang menggunakan nisbah mampatan tinggi 13:1, ini memberikannya tahap kecekapan yang sangat baik. Cukup menjimatkan jika anda memandu seperti malaikat. Ya, tetap dikira menjimatkan walaupun prestasinya agak mengujakan.

Mazda CX-3

Jika anda memandu secara santai, enjinnya yang seperti berkuasa turbo atau diesel itu sangat bersahaja. Pecutan sederhana boleh dilakukan dari rpm rendah, dalam gear tinggi tanpa perlu turun gear.

Mazda CX-3

Dan bila anda memasuki jalan berselekoh dan mula terasa ingin jadi sedikit nakal, Mazda CX-3 boleh menurut kemahuan anda. Enjin ini tidak keberatan untuk digunakan pada rpm tinggi seperti NA old-skool­. Ala-ala enjin Porsche 911 GT3 atau Honda S2000, “main” di rpm hujung-hujung sahaja.

Ketika dipandu sebegini, enjin ini tidak terasa diperah, dan bunyinya juga tidaklah bingit. Ia agak kuat memasuki kabin namun masih merdu. Penulis mula terbayang betapa lazatnya memandu Mazda MX-5 ND dengan enjin sama di jalan berselekoh…

Mazda CX-3

Transmisi 

Transmisinya walaupun automatik konvensional, tetap merupakan padanan yang baik untuk sifat enjin ini. Dalam mod Sport automatik, transmisi 6-kelajuan ini akan menurunkan gear dengan sporti apabila anda membrek seperti ingin memasuki selekoh atau berhenti di lampu isyarat.

Dan jika anda lebih bersemangat, dipersilakan guna mod manual dengan menolak tombol gear atau menarik paddle-shifters.

Bukan setakat enjin, malah casis dan suspensi Mazda CX-3 ini turut sama berupaya. Walaupun terdapat sedikit body-roll di selekoh berkelajuan tinggi, ia golekan yang terkawal dan sekadar memberi peringatan kepada pemandu tentang had cengkaman kereta. Kalau keras sangat nanti bukanlah SUV pula, kan.

Mazda CX-3

Suspensi

Suspensi CX-3 masih boleh memberikan tahap keselesaan yang baik bila perlu. Penulis boleh simpulkan ianya 40 peratus selesa, 60 peratus sporti.

Bahan Api

Dari segi kecekapan bahan api, penulis dengan mudah mendapat 500km dari satu tangki penuh, kira-kira 45 liter. Ini ialah 11km per liter secara purata, dengan gabungan pemanduan kaki “ringan” dan “berat’.

Namun pada ujian dengan kelajuan 110km/j secara kekal, bacaan komputer mencatatkan 19.3km per liter. Menarik.

Kata akhir

Mazda CX-3 - Bonet

Sukar juga untuk simpulkan mengenai Mazda CX-3 ini. Senang cerita, bergantung kepada siapa anda dan apa anda cari.

Jika anda ingin sebuah kereta keluarga praktikal, anda tida akan begitu gembira dengan CX-3 ini. Butnya pun kecil, cuma besar sedikit sahaja dari but Satria Neo penulis.

Mazda CX-3

Tetapi jika anda tidak kisah dengan semua itu, dan mungkin jenis beli sahaja Adidas Yeezy berharga RM1,400 sepasang kerana anda memang suka, maka anda tidak akan keberatan membayar muka untuk CX-3 ini. Tengok sahaja gaya luarannya, siapa yang tidak suka?

Spesifikasi Mazda CX-3 2.0 SkyActiv-G GVC

  • Harga: RM130,159 (atas jalan, tanpa insurans)
  • Enjin: 2.0-liter SkyActiv-G, empat silinder petrol, VVT
  • Kuasa maksima: 154 hp @ 6,000 rpm
  • Tork maksima: 206 Nm @ 2,800 rpm
  • Transmisi: Automatik 6-kelajuan dengan Manual Shift Mode
  • Sistem suspensi: Topang MacPherson (depan), torsion beam (belakang)
  • Berat: 1,290 kg
  • Sistem keselamatan: 6 beg udara, ABS, EBD, Stability Control, ISOFIX, Blind Spot Monitoring, Rear Cross Traffic Alert

2 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here