Trend terkini bikers sambut hari raya

2332

Syawal bakal menjelma tidak lama lagi. Sudah tentu persiapan untuk menyambut hari kemenangan itu diraikan dengan penuh gembira. Pemilik motosikal juga tidak ketinggalan dalam merayakan 1 Syawal. Trend terkini bikers sambut Hari Raya kali ini agak berbeza.

Seperti diketahui umum di negara kita pelbagai jenama dan kategori motosikal menjalar di jalan raya. Pemiliknya 85 peratus adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sudah pasti kehadiran Syawal amat dinantikan.

Terkini, hasil tinjauan kami dapati bikers bukan saja mencari merchandise mengikut jenama motosikal yang di miliki malahan pakaian untuk sambut Hari Raya AidilFitri yang tertera jenama motosikal masing-masing menjadi pilihan dan terlaris di pasaran.



Kain Pelikat atau Kain Sampin berjenama BMW dan Ducati telah mula berada di pasaran negara kita sekarang. Tepat dengan masa dan satu idea cukup bernas di lakukan oleh penjual merchandise.

Mecinda Racing Pertama Kompleks, yang bertapak melebihi 20 tahun merupakan pembekal utama kain pelikat atau kain sampin berjenama BMW dan Ducati. Ianya cukup cantik dan digilai oleh pemilik motosikal BMW dan Ducati.

Jadi kepada pemilik BMW dan Ducati yang akan menyambut Hari Raya, rasanya tidak perlu pening memikirkan kain pelikat atau kain sampin, pilihan sudah terhidang rajin-rajinlah berkunjung ke Mecinda Racing di Pertama Kompleks, Kuala Lumpur.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here