Shell Helix Advance terbaharu khas untuk motosikal 4-lejang, dari RM50 seliter

2193

Minyak enjin Shell Advance Power dan Shell Advance Long Ride yang memfokuskan terhadap manfaat akan memudahkan para pemilik motosikal untuk memilih minyak enjin tepat yang direka khas bagi setiap gaya pemanduan dan keperluan.

Direka khas untuk motosikal 4-lejang, ia juga merupakan rangkaian minyak enjin motosikal sintetik penuh premium paling mampu milik di pasaran Malaysia.



“Di Shell, kami sentiasa menerajui inovasi teknologi minyak enjin. Dengan Shell Advance Power dan Shell Advance Long Ride terbaharu, kami ingin para pemilik motosikal diberi kuasa untuk memilih minyak enjin tepat dengan menyediakan dua pilihan mudah mengikut keperluan mereka,” kata Nyon Kam Yew, Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura.

Shell Advance Power baharu (RM55 setiap pek 1-liter) direka khas untuk para pemilik motosikal yang mahu menikmati kuasa dan pecutan.

Ia dicipta untuk memberi kuasa maksimum pada masa yang sama kekalkan output kuasa tertinggi motosikal dengan mencegah permulaan proses pengoksidaan dan pembentukan deposit.

Hasilnya, motosikal yang menggunakan Shell Advance Power tidak menunjukkan kehilangan kuasa sejauh 20,000km.

Shell Advance Long Ride baharu (RM50 setiap pek 1-liter) dicipta untuk para pemilik motosikal yang inginkan ketenangan dengan memiliki enjin bebas masalah.

Sesuai untuk tunggangan di bandar atau perjalanan jarak jauh, ia dirumus dengan formula penyejatan minyak minimum yang dicipta untuk daya ketahanan haba maksimum dan mampu mengurangkan penggunaan minyak untuk tunggangan sehingga  6,000 kilometer.

Kedua-dua produk ini dirumus dengan Teknologi PurePlus proprietari Shell, iaitu minyak asas 99.5 peratus tulen yang dihasilkan daripada gas asli. 

Ia terbukti untuk memberi prestasi permulaan sejuk dan prestasi suhu tinggi yang lebih baik serta menjamin kebersihan omboh dengan lebih baik berbanding dengan minyak berasaskan ester.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shell Advance Power 15W-50 dan Shell Advance Long Ride 10W-40 baharu, sila lawat www.shell.com.my/advancepowerandlongrideadvance.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here