Nombor pendaftaran lebih dua kali ganda harga Bugatti Chiron, cecah RM28.7 juta!

3036

Hypercar dari Bugatti merupakan salah satu kenderaan termahal di dunia dan sudah tentu banyak individu yang ingin memilikinya. 

nombor pendaftaran Bugatti Chiron

Pengeluar dari Perancis ini juga memperkenalkan model Chiron, yang merupakan antara salah satu hypercar termahal di dunia dan dihasilkan dalam unit yang terhad.



Hypercar dari Bugatti hanya dapat dilihat di beberapa negara sahaja, memandangkan bukan calang-calang orang mampu memilikinya. 

Antara negara yang popular dengan keberadaan Bugatti ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE), dimana negara ini difahamkan merupakan ‘lubuk’ hypercar tersebut. Disini kami akan kongsikan kisah sebuah Bugatti Chiron di UAE, yang didaftarkan dengan nombor pendaftaran yang unik dan sangat mahal.

nombor pendaftaran Bugatti Chiron

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh saluran Youtube Mo Vlogs, sebuah Bugatti Chiron dipamerkan bersama dengan nombor pendaftaran yang berharga RS 52 crore (RM28.7 juta).

Hypercar ini difahamkan dimiliki oleh rakan krew dari saluran Youtube Mo Vlogs, dan dia ada menyatakan harga asas bagi sebuah Bugatti Chiron di Dubai ialah RS 25 crore (RM13.8 juta).

Ini bermakna, harga nombor pendaftaran ini melebihi dua kali ganda dari harga Bugatti Chiron tersebut.

nombor pendaftaran Bugatti Chiron

Di UAE, ramai pengguna kereta sanggup menghabiskan jutaan ringgit bagi mendapatkan nombor pendaftaran khas. Nombor pendaftaran khas ini bahkan akan dilelong untuk mendapatkan nilai setinggi mungkin dari para pembeli. 

Berdasarkan video tersebut, nombor pendaftaran kenderaan di Dubai boleh dipindah milik dan dapat disimpulkan bahawa membeli nombor pendaftaran khas merupakan satu pelaburan yang sangat bagus untuk seseorang individu di Dubai.

Pada setiap tahun, nilai nombor pendaftaran akan meningkat dan pemilik kemudian akan menjualnya melebihi dari harga yang dibeli.

Untuk makluman, Bugatti Chiron dikuasakan oleh enjin W16 8.0-liter quad-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 1,500hp dan 1,600Nm tork.

Hypercar ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.4 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 420km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here