Kompaun RM300 bagi mereka yang sengaja redah banjir – polis

1710

Pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengingkari arahan terutama meredah banjir di kawasan yang diletakkan papan tanda amaran.

kompaun banjir
gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik, pihaknya tidak akan berkompromi lagi dengan golongan itu apatah lagi, negeri itu mencatatkan beberapa kes pemandu meredah jalan yang sudah ditutup kerana dinaiki air dan terdapat laluan alternatif disediakan.

“Kita tidak akan bagi peluang dan memaafkan mana-mana individu yang berdegil dan ingkar dengan arahan diberikan,” kata Roslee Chik.



“Sebelum ini, kita tidak ambil apa-apa tindakan namun selepas ini tindakan akan diambil mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mematuhi isyarat papan tanda.

“Bagi kesalahan itu, individu yang ingkar boleh dikenakan kompaun sehingga RM300,” tambahnya.

kompaun banjir

Roslee berkata, penguatkuasaan itu juga merupakan langkah melindungi orang ramai memandangkan terdapat individu yang hanyut bersama kenderaan apabila meredah air.

Pihaknya juga berulang kali mengingatkan pemandu atau penunggang tidak mengambil risiko walaupun laluan itu adalah jalan yang biasa dilalui sebelum ini.

Air banjir biasanya keruh dan kita tidak nampak keadaan sebenar jalan yang mungkin suduh runtuh atau rosak disebabkan banjir seterusnya berbahaya untuk pengguna jalan raya.

Sehingga kini, sebanyak tiga kes kenderaan meredah banjir direkodkan dengan semua kejadian itu berlaku di Kemaman.

Insiden terbaharu berlaku baru-baru ini apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dihanyutkan air di bawah Jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Chukai.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here