CEO Tesla, Elon Musk pernah miliki McLaren F1 seawal usia 28 tahun!

2359

Walaupun Tesla ialah sebuah syarikat yang menghasilkan EV, itu tidak bermakna CEO, Elon Musk tidak berminat dengan kereta konvensional.

Tesla Covid-19

Selain Tesla, individu paling kaya di dunia ini juga difahamkan pernah memiliki beberapa buah kereta seperti BMW E21 320i, Jaguar E-Type, dan Lotus Esprit seperti dalam filem James Bond, The Spy Who Loved Me.



McLaren F1 Musk

Pada tahun 1999, Musk yang baru sahaja mendapat sejumlah wang hasil keuntungan di Silicon Valley menghadiahkan dirinya sebuah McLaren F1. Ketika itu, McLaren F1 bernilai USD815,000 (RM3.3 juta) dan dibeli oleh Musk ketika dia berusia hanya 28 tahun.

Model McLaren merupakan kereta terpantas pada ketika itu, dan memegang rekod sebagai kereta naturally-aspirated terpantas.

Menurut Musk, kereta yang dibelinya itu merupakan salah satu daripada hanya 62 unit yang dihasilkan di seluruh dunia (sebenarnya ada 106 unit, 64 adalah versi sah jalanan).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here